Posts

Showing posts from October, 2009

Mohon Bantuan!

Saya sertakan disini artikel dari saifulislam.com mengenai seorang penderma hati. Kisah lanjut boleh dibaca di blog ustaz saiful/hasrizal di SINI Ingin saya war-warkan kepada semua untuk menghulurkan bantuan kepada saudara Khariri di blog foto milik beliau di SINI pula. Ahmad Khariri al-Hadi boleh dihubungi di talian 017-6351057 atau email khariri_alhadi@yahoo.com.my Memberi akan memberi kita peluang yang lebih banyak untuk menerima. Yakin!

Kenapa saya suka Firefox?

Image
Baru menjumpai Quran yang boleh streaming di opis. Saya download add-ons di sini . Fungsi tambahan inilah yang membuatkan saya amat menyenangi Firefox. Mungkin juga kerana saya terlalu setia dengan Firefox, saya lupa bahawa ada browser lain yang mempunyai fungsi yang sama seperti Firefox. Maafkan saya. Saya sedang mendengar alunan bacaan al-qur'an dari Yasser Al-Dosari. Sebelum ni saya ada beli mp3 Qur'an bacaan Qari Saad Al-Ghamdi. Tetapi sangat tidak terikut sebab banyak sangat lagu (qiraati,taranum etc)kot. T_T Saya cuba dengar bacaan dari Yasser Al-Dosari ni. Ok la. Bacaan cepat dan laju, macam saya jugak. (lalalala)Tapi mungkin tajwid Qari ni lebih bagus dari saya. Haha. Bacaan saya mungkin banyak melanggar tajwid-tajwid yang dah diajar dari sekolah dulu. Sangat tidak senang hati, kerap benar aduan mengenai sistem yang saya support ni. Polisi baru sudah saya laksanakan, tapi masih ada yang terlepas dari polisi tu. Owwhh. Sangat malas nak godek coding orang. Rasa macam nak

Baju Nikah Idaman Kalbu

Image
Hah! Saya aim design ini untuk pernikahan saya tahun lepas. Tapi tak dapat dilaksanakan kerana kawan opis saya dah cop dulu. Dia kawin lebih awal 7 bulan dari saya. Tapi, sebab saya dah sangat berkenan untuk memakai baju ini, saya telah menempah baju ini di Kelantan. Kalau amik dekat butik dari iklan majalah pengantin tu, abis la duit gaji bulanan saya.. huhu... Siap export tu yang tak tahan tu.. hahaha Dok seronok cerita pasal nikah, meh layan cerita pasal alam perkahwinan. Klik sini

Poligami

Heh. Satu perkataan je. Buat suami senyum lebar. Buat isteri sakit hati. Suami senyum lebar dok berangan boleh golek golek ngan orang baru. Boleh teroka benda baru. Isteri sakit hati teringat suami akan golek golek ngan orang baru, teroka benda baru. Cis! Isu tak terjangka Hotfm Morning Crew semalam, yang tersambung pulak hari ni. Poligami ni sunnah Nabi. Tang poligami, sunnah. Tang solat, merapu entah ke mana. Bagi aku ada satu-satu situasi yang membolehkan banyak perkara. Ada juga satu-satu situasi yang mengharamkan banyak perkara. Ambil kisah zaman Khalifah Umar, (kalau tak silap). Hukum hudud tidak dijalankan pada waktu tersebut kerana waktu kegawatan yang menyebabkan ramainya pencuri dek ketegangan ekonomi. Umar memilih untuk tidak menjalankan hudud kerana akan ramai yang akan di jatuhkan hukuman. Ini cuma satu contoh. Benarkah poligami akan membawa kebaikan? Juga berdasarkan situasi. Jika benar menghalalkan poligami dalam kehidupan boleh membawa kebaikan, teruskan. Jika hanya unt

Perlu CPR!!!!

Akhirnya, selepas berhempas pulak menjadi malas mengepam, saya dapat 'cuti'. Setelah 7 bulan tidak ber'cuti' akhirnya saya dapat pelepasan bulanan. Heh. Maka saya sedikit tidak keruan. Ditambah, bos akan kembali kerja pada minggu hadapan selepas sebulan di US. Owwhh.. En Hairil, CPR!!

Welcome to the BIG LEAGUE

Image
Ucapan perkahwinan yang diberi oleh seorang rakan. Bukan seseorang yang akrab dengan saya, tetapi ada sesuatu yang membuat kami agak akrab pada waktu tersebut. Setelah berkahwin, barulah saya mengenal erti ucapan itu. Liga besar dalam kehidupan. Itulah perkahwinan. Mungkin itu maksud beliau tentang kehidupan alam perkahwinan. Saya yakin, banyak lagi maksud lain yang mengertikan perkahwinan. Ia tidak semudah 'I LOVE YOU'. Ia tidak semudah ' Ala, kalau saya kahwin dengan awak, family awak pun family saya juga'. Ia tidak semudah, 'Bang nanti kita ada anak, kita namakan dia Rafique Hariri, nak?'. Ia lebih besar dari itu. Ia memerlukan etika pemikiran yang lebih matang, perlakuan yang lebih berakal, dan percakapan yang mendepankan fikiran sebelum pertuturan. Proses perkahwinan bukanlah satu proses sehari, setahun atau dua tahun. Saya kira hampir semua tahu mengenai ini. Pengorbanan dalam perkahwinan juga tidak terletak pada satu pihak. Jika anda rasa anda banyak berk

Walker untuk Hadeef

Hadeef dah start lasak sekarang. Boleh larat lagi nak kejar. Hoh. Berlagak ini Mama. Ye.. memang larat lagi nak kejar. Baru maju ke depan. Belum lagi merangkak. Aku larat nak kejar sebab aku x perlu nak risaukan apa-apa. Tak perlu nak risaukan rumah x bersapu. Tak perlu risaukan baju yang belum berbasuh. Tak perlu risaukan baju yang nak dijemur. Tak perlu risaukan pokok yang belum disiram. Tak perlu risaukan makanan apa nak dijamu untuk suami atau keluarga. Jadinya aku sangat menang tangan melayan Hadeef. Aku terfikir, macammana Bibik handle Hadeef semasa aku bekerja? Dalam masa sama nak handle semua perkara (except memasak, memasak mak mertu aku yang masak). Dengan melayan Hadeef lagi. Belum kencing berak dia lagi. Aku dah berkeinginan untuk belikan walker untuk dia. Walau bermacam teori dan kajian penggunaan walker di Internet sekarang, tapi aku rasa cerewet perlu aku ketepikan. Lainlah kalau aku yang jaga anak aku sendiri. Memang kalau dah ada anak macam-macam kita plan untuk anak k

Therapy

I think I need to have some mental therapy. For women, shopping is the main therapy. So do I. Duit claim sudah masuk. Terapi mental berjalan dengan lancar. ~organizing myself.

Mode: Hibernasi

Sungguh tidak beretika untuk hidup hari ni. Perasaan orang kurang upaya semakin tinggi. Rasa tidak boleh diharap, rasa tidak mampu, rasa adalah sangat tidak upaya. Macam nak bunuh diri sedikit, na'uzubillah.

Sebelum Hadeef

Image
Perkiraan (baca:perkelahian T_T) untuk menamakan bayi yang bakal lahir timbul sejak saya disahkan mengandung. Sungguh, sebagai ibu banyak rencana saya telah fikirkan untuk anak saya. Cita-cita yang tidak kesampaian, termasuk juga angan-angan. Saya kira, ini juga perasaan ayah dan mak saya ketika menanti saya lahir ke dunia 27 tahun yang lalu. Saya mengimpikan nama sebesar nama pembesar dunia Islam masa kini untuk diberi kepada bayi saya. Dek kerana saya sering teruja dengan berita dunia Islam dan Palestin sejak sekolah menengah, saya sangat mengagumi pemerintahan Ayatollah Khoteimi, dari Iran. Kemudian Ahmadinejad yang berulang-alik ke serata dunia untuk mendapatkan sokongan pelancaran nuklear Iran. Saya sangat terpikat dengan Ahmadinejad. Ameen, besar harapan saya jika anak yang saya kandung dapat merealisasikan impian saya, menjadi pemerintah dunia Islam yang ditakuti Barat. Jika ini dikatakan sebagai angan-angan, silakan. Jika ini dikatakan cita-cita tidak kesampaian, silakan. Kemud

Sekolah Memaki Hamun

Pre-requisite: 1) Lulus ujian memandu. 2) Ada kenderaan Tempat: 1) Semua jalan yang boleh dilalui oleh kenderaan yang dibawa. Cara belajar: 1) Memandu/menunggang dan sebagainya. Tiada latihan. Tiada ujian. Bawa kenderaan sekerap mungkin, insya ALlah anda akan berjaya memaki hamun dengan jayanya! Percaya atau tidak, kita belajar memaki hamun di atas jalan raya. Dengan perangai pemandu yang macam mangkuk hayun (praktikal boleh dilakukan di mana-mana) termasuk penulis sendiri, kerap kita lupa yang aktiviti memaki hamun itu adalah sangat tidak wajar. Sebab sudah terbiasa, kita sendiri yang ajar anak-anak kita untuk bercakap kata-kata yang tidak elok untuk diucapkan. Bila anak-anak praktik apa yang mak ayah dia ajar, mulalah kita tuding jari pada sekolah, kawan-kawan anak-anak. Dulu saya bukanlah pakar dalam bab memaki hamun. Even bila saya terdengar orang memaki telinga saya akan panas menagan kemarahan. Betapa nak kata saya sangat tidak suka mendengar perkataan terseb

Latest Update

Anam di hospital. Dah dekat seminggu. Jangkitan kuman pada buah pinggang. I think hospital is a good place. Place to learn how to appreciate more value of living. And health. You see dead people. You see blood. You heard people screaming full of pain. It does help. Dalam hikmah Anam spent almost a week in hospital. Aku harap sebagai anak bongsu dia belajar menghargai sesuatu dalam hidup. Aku tinggalkan handset aku supaya dia tak boring. Sudahnya, hampir-hampir waktu melawat, dekat 20kali dia call Mak, 'Mak kat mana dah ni?'. Anak bongsu. Ya, aku pun masih kena belajar untuk treat dia as an adult. He is not kid anymore. Dah 13 tahun. Dah boleh diharap. Aku cuma layan dia sebagai orang besar bila perlu sahaja. Selainnya, di mata aku dia masih darjah satu. Uhuhu.... I think I need to learn also. Main kejar-kejar. Main Pokemon. Aku jadi orang jahat. Dia jadi Ash, pemilik Pokemon. Marah dia bila dia belajar naik basikal pastu jatuh longkang. Yang sudah tu sudah lah. Hidup perlu dite