Posts

Showing posts from July, 2010

MPH Offline

Image
Owwwhh.. Sungguh terharu. MPH website is been blocked by company network. So seronok. Ingat nak beli buku Wardina, 'Siapa Alien?' Perkara sudah diajukan kepada En Admin namun harapan tinggal harapan.

Pergerakan Sang Bayi

Alhamdulillah. Saya masih lagi kuat untuk bergerak dipenghujung tempoh kehamilan. Kini telah menginjak ke minggu 39. Masih berbaki seminggu sebelum bayi yang saya kandung, berada di dakapan saya. Dalam tempoh penghujung kehamilan, frekuensi pergerakan bayi adalah sangat penting. Ini adalah untuk mengukur tahap kesihatan. Terdapat beberapa hospital yang sedia membekalkan ' fetal movement chart ' atau carta pergerakan bayi. Di tempat saya menjalani pemeriksaan kehamilan, tiada carta dibekalkan. Konsepnya mudah, pastikan pergerakan bayi sekurang-kurangnya 10 kali dalam masa 12 jam. Ambil kira dari jam 9 pagi sehingga 9 malam, pergerakan bayi mestilah melebihi 10 pergerakan. Bagaimana pula mengenal pergerakan bayi? Sekiranya terdapat pergerakan bayi yang berlarutan sehingga beberapa saat, ia masih dikira 1 pergerakan. Berselang selepas pergerakan itu, baru dikira 2 pergerakan. Bagi yang mahu membuat sendiri carta pergerakan bayi sendiri, anda dialu-alukan. Tetapi bagi saya yang aga