Sekolah Memaki Hamun
Pre-requisite:
1) Lulus ujian memandu.
2) Ada kenderaan
Tempat:
1) Semua jalan yang boleh dilalui oleh kenderaan yang dibawa.
Cara belajar:
1) Memandu/menunggang dan sebagainya. Tiada latihan. Tiada ujian. Bawa kenderaan sekerap mungkin, insya ALlah anda akan berjaya memaki hamun dengan jayanya!
Percaya atau tidak, kita belajar memaki hamun di atas jalan raya. Dengan perangai pemandu yang macam mangkuk hayun (praktikal boleh dilakukan di mana-mana) termasuk penulis sendiri, kerap kita lupa yang aktiviti memaki hamun itu adalah sangat tidak wajar. Sebab sudah terbiasa, kita sendiri yang ajar anak-anak kita untuk bercakap kata-kata yang tidak elok untuk diucapkan. Bila anak-anak praktik apa yang mak ayah dia ajar, mulalah kita tuding jari pada sekolah, kawan-kawan anak-anak.
Dulu saya bukanlah pakar dalam bab memaki hamun. Even bila saya terdengar orang memaki telinga saya akan panas menagan kemarahan. Betapa nak kata saya sangat tidak suka mendengar perkataan tersebut. Sekarang? Aduuuuhh... Dah tak boleh dibendung lagi!
Semua berpunca dari sifat kita semua pengguna jalan raya. Saya akui saya juga kerap membuat kesalahan trafik yang kadangkala mengundang nyawa, tetapi saya berharap kita semua sentiasa berjaga-jaga di atas setiap keputusan yang kita lakukan di atas jalan raya samada mahu memotong, menekan pedal minyak, atau melanggar lampu isyarat merah.
Bagi saya, pengguna lelaki atau perempuan sama sahaja. Ada yang menuduh pengguna jalanraya wanita yang banyak menimbulkan malapetaka di jalan raya. (????) Bagi saya, lelaki, perempuan, tua, muda sama je. Jika ada kesedaran di dalam diri, tidak ada beza antara satu sama lain. Kalau lelaki ada angin kemarahan yang nak dilepaskan atas jalan, perempuan juga begitu. Kenapa perlu beza antara pengguna?
Jika tidak diberi peluang bagaimana kita mahu memutuskan bahawa pemandu mana yang lebih cerdik menggunakan jalanraya. Jika pemandu wanita sering dituduh pembawa sial di atas jalan bagaimana pula dengan pengguna lelaki yang sering kurang hajar memandu di atas jalan raya? Ingat, pengguna lelaki, wanita sama sahaja. Ada juga pemandu lelaki yang memandu slow macam siput, ada juga pemandu wanita yang garang dan ego di atas jalanraya. Ada juga pakcik tua yang tak tau parking kereta. Ada juga minah rempit yang veteran.
Bertamadunkah kita jika kita membuang segala macam sampai dari tingkap kereta, hatta puntung rokok sekalipun? Pernah sekali saya melihat satu kenderaan membawa kereta dengan sangat kurang hajar, memandu di lane kanan untuk masuk ke simpang kiri hingga hampir menyebabkan penunggang motosikal hampir-hampir kemalangan. Si penunggang, seorang bapa meangkat jari tengah menunjukkan rasa tidak puas hati diikuti oleh anaknya yang membonceng. Siapa yang salah?
Tidak perlu menuding jari. Semua atas diri sendiri. Jika kita berada ditempat penunggang tersebut, saya yakin kita juga bakal merasa kemarahan atas tindakan bodoh pemandu kereta yang fikir dia seorang yang bayar cukai jalan.
Pendidikan moral diatas jalan raya tidak perlu melibatkan yuran yang mahal. Ia perlu di bantu oleh akal. Cerdiknya akal membuat keputusan, melangsungkan sikap yang bertamadun di atas jalan.
Tiada safe zone dalam kehidupan. Sentiasalah beringat-ingat.

yang x menahan tu...aku ni hah yang dok sebelah driver pun kerap kali memaki hamun...hahaha...
ReplyDeleteko sama macam kakcik. Haha.. ayah aku yang dah memandu doploh tahun tu pun kena gak, 'Ayah, lampu merah depan tu!'... kalau aku, aku turun suh dia yang bawak. Banyak bunyi pulak.. haha
ReplyDelete