Kenapa saya suka Firefox?
Baru menjumpai Quran yang boleh streaming di opis. Saya download add-ons di sini.
Fungsi tambahan inilah yang membuatkan saya amat menyenangi Firefox. Mungkin juga kerana saya terlalu setia dengan Firefox, saya lupa bahawa ada browser lain yang mempunyai fungsi yang sama seperti Firefox. Maafkan saya.
Saya sedang mendengar alunan bacaan al-qur'an dari Yasser Al-Dosari. Sebelum ni saya ada beli mp3 Qur'an bacaan Qari Saad Al-Ghamdi. Tetapi sangat tidak terikut sebab banyak sangat lagu (qiraati,taranum etc)kot. T_T
Saya cuba dengar bacaan dari Yasser Al-Dosari ni. Ok la. Bacaan cepat dan laju, macam saya jugak. (lalalala)Tapi mungkin tajwid Qari ni lebih bagus dari saya. Haha. Bacaan saya mungkin banyak melanggar tajwid-tajwid yang dah diajar dari sekolah dulu.
Sangat tidak senang hati, kerap benar aduan mengenai sistem yang saya support ni. Polisi baru sudah saya laksanakan, tapi masih ada yang terlepas dari polisi tu. Owwhh. Sangat malas nak godek coding orang. Rasa macam nak buat balik semua ikut kepala saya. Tapi itu lagi lah malas. Haha.
Bajet bulan ni sudah melepasi had tanggungan. Handbag terpaksa dikorbankan lagi bulan ini. Tapi tak mengapa, saya sudah hampir mendapat baju impian. Yay!
Comments
Post a Comment