Sebelum Hadeef
Perkiraan (baca:perkelahian T_T) untuk menamakan bayi yang bakal lahir timbul sejak saya disahkan mengandung. Sungguh, sebagai ibu banyak rencana saya telah fikirkan untuk anak saya.
Cita-cita yang tidak kesampaian, termasuk juga angan-angan. Saya kira, ini juga perasaan ayah dan mak saya ketika menanti saya lahir ke dunia 27 tahun yang lalu.
Saya mengimpikan nama sebesar nama pembesar dunia Islam masa kini untuk diberi kepada bayi saya. Dek kerana saya sering teruja dengan berita dunia Islam dan Palestin sejak sekolah menengah, saya sangat mengagumi pemerintahan Ayatollah Khoteimi, dari Iran. Kemudian Ahmadinejad yang berulang-alik ke serata dunia untuk mendapatkan sokongan pelancaran nuklear Iran. Saya sangat terpikat dengan Ahmadinejad. Ameen, besar harapan saya jika anak yang saya kandung dapat merealisasikan impian saya, menjadi pemerintah dunia Islam yang ditakuti Barat. Jika ini dikatakan sebagai angan-angan, silakan. Jika ini dikatakan cita-cita tidak kesampaian, silakan.
Kemudian, perdamaian tercetus, Muhammad Hadeef kami pilih sebagai penyeri hidup kami. Kami bahagia. Hadeef benar-benar menceriakan malam saya(sebab saya jumpa hadeef pada malam hari sahaja.. T_T). Ilmu yang saya kutip sepanjang tempoh mengandung saya aplikasikan semampu boleh. Ilmu yang dicurahkan oleh orang yang lebih berpengalaman, juga saya amalkan semampu boleh.
Tak kisah apa nama yang telah didaftarkan dalam sijil lahir anak kami, saya masih berharap Hadeef dapat mencapai cita-cita yang tidak dapat saya gapai.
http://idhamlim.blogspot.com/2009/10/two-presidents-of-two-muslims-countries.html

insyaAllah..semoga Hadeef dapat membanggakan ko sebagai orang yang melahirkan dia...
ReplyDelete