Saje mahu tambah entry - ke 99

Saya agak risau. Hadeef sleeping pattern masih sama. Sejak dari baby until now, 8 bulan. He will wake up at night dan menangis minta nenen. Is it a sign of hungry? Or cuma saja mahu di lenakan? Saya kurang mengepam sekarang. Tetapi direct feeding at night. Kesian Babah Hadeef jugak sebenarnya. Ha-ha. Saya pernah mengagak ia adalah petanda Hadeef kelaparan. Pernah jugak saya buatkan sebotol susu tepung supaya Hadeef tak bangun malam merengek minta nenen.

Hasil masih sama. Hadeef masih bangun malam dan menangis.

Dan saya baca artikel ni hari ini mengenai tabiat tidur anak saya. Semoga bermanfaat buat saya, suami dan anda. anda. anda. anda. OK cukup.

Bagi mereka yang mempunyai keraguan mengenai tabiat tidur anak anda, baca di sini

nurulali.com COPP!!

Merancang untuk ada domain sendiri. nurulali.com. Cool eh?

Borak-borak dengan rakan sekerja baru, Husaini mencadangkan beberapa nama. Adalah sesikit. rawanaz, baitulbytes, hostrelax. Exabytes? pengunjung blog den baru 4-5 orang. Follower baru 9 orang. T_T.

Owwhh.. amirudin ada mencadangakan datakl. Murah pun murah. Tapi masih mencari yang berkenan dihati.

Macam mana nak dapat yang berkenan dihati. Senang aje. Ikut instinct. Ngee...

Merayau sampai ke lowyat.net, dapatlah beberapa calon yang sesuai. baitulbytes.com. fivio.com

at last, boleh pulak sampai ke http://malaysiahostingreview.net/. Kat sini semua webhosting kat malaysia ada. Siapa ada review lagi. Hah! Tak payah merayau jauh-jauh. Baca review di sini dan pilih!

Nanti saya dah pilih hosting, tunggu je la entry baru dari nurulali.com. Insya ALlah.

Hari ni bekerja separuh hari. Esok dah raya. Cuti tahunan dah habis. Adehh...

Masalah GD Library masih belum selesai. Portal di opis belum berupaya untuk ada galeri gambar yang sempurna dan cantik.

yum install php5-gd belum nampak impaknya.
rpm phplib-gd juga tidak kelihatan hasilnya.

Saranan seorang rakan, Titi, supaya re-install balik php dan guna tarball. Dia kata senang. Dia la kata. Ha-ha.

Server untuk projek baru juga perlu re-install OS. Last week dah buat, tapi cd-rom tak boleh detect CD. Call staff yang incharge, support melalui phone. Hah. Macam call streamyx pulak. Tapi masih, failed to do anything. Owhh.. ingatkan saya untuk buat DVD image untuk CD topi merah tersebut. Pending dah 2 minggu.

Senang hati saya. Saya rasa saya tak perlu tambah kesusahan pada orang lain. Lagipun saya perlu belajar menerima hakikat. Cuma saya perlukan sokongan.



Sepakat Membawa Berkat

Beberapa lama berpening kepala. Akhirnya jelas dan nyata, keputusan telah dicapai. Keputusan yang agak memeningkan buat orang yang tak pernah pening mengenai urusan perkahwinan. Hah! Rasakan!

Dari kahwin dah tak perlu fikir apa-apa. Orang kata goyang kaki saja. Semua dah ada orang uruskan. Walaupun tak berapa selesa dengan keadaan sebegitu, tapi kadang-kadang sampai ambil kesempatan pulak atas kebaikan orang lain. Huhuhu.. Maafkan saya...

Dan kini, walaupun agak selesa dengan keputusan yang telah dicapai, saya perlu optimis! Takut? Saya akui, saya takut sebab selama ini dah ada uruskan segala-galanya. Dan alhamdulillah, ada persediaan untuk semua ini. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba sahaja semua perlu saya uruskan sendiri?

Sedikit kerisauan menyinggah. Anak perlu saya tinggalkan. Tetapi saya harap bukan dalam tempoh yang lama. Saya harap.

Membuat keputusan membuatkan kita semakin matang. Semakin kita membesar, semakin besar keputusan yang perlu kita ambil. Dan, semakin besar risiko yang mendatang. Dan, semakin kompleks akibat dari keputusan yang diambil. Ia bukan boleh difikir sehari dua. Malah kadang, makan bertahun untuk mencapai satu keputusan.

Ia mungkin bukan keputusan yang adil, tapi cukuplah untuk meredakan suasana tegang dan tidak keruan.

Kematangan bukan sahaja datang dari membuat keputusan. Ia juga hadir dari kompleksnya kehidupan anda. Jika anda rasa kehidupan anda kini adalah sangat tenang dan senang... maaf saya katakan. Anda belum mencapai tempoh kematangan.

~Saya menuju tempoh kematangan.

It is not that easy

Mereka kata, kerja tak siap.
Aku kata, aku dah suruh cek, sampai mencangkung sampai menangis, tolonglah periksa. Mana-mana yang ada silap saya betulkan.
Mereka gelak.

Mereka kata, nanti saya cakap dengan CEO.
Saya kata, nnt saya cakap dengan ACP. Macam kau sorang ada akses orang besar. Main ugut-ugut pulak.
Macam c*laka.

Hari ni makin kusut. Serabut. Macam ha*am.

[mood mencarut]

Dup.. dap.. dup.. dap...

Sedari petang semalam dah dup dap dup dap...

Mana baju tak sampai-sampai lagi ni? Hasrat untuk buat baju raya haji. Banyak lagi baju tak buat ni. Ada la 3 pasang. Cukup la satu baju untuk Gong Xi Fa Cai, satu Hari Gawai, satu Merdeka. Hahaha


Tengah mencari-cari menu sarapan, datnag kak ida, dia bawak pulut n sambal tumis. Cara jugak! Ada anak ikan sepat goreng garing, ikan bawal, sambal tumis and pulut siam. Baru tau kenapa ore klate sarapan macam ni. Ada car rupanya menu ni! Pulak sambal kak ida buat memang kaw habis. A'ah, yang sedap tu la dia bawak sikit. Ciss.. mencalit2 semua orang terhadap sambal teresebut.

To-dO
Leave Balance IBUS
Portal Manual PD*M project.(print-hantar. Lama sangat ke? Memang saja lama-lama kan. Ha-ha. ~Takbaik takbaik)
RedHat (in order to accomplish RHCE-sangat!)
--kenapa tiba-tiba letak senarai kerja disini? nak berlagak anda seorang yang bekerja di dunia ini? hoho--

Tekad: Rajin Update Blog


Tiba-tiba hari ni ada tekad baru. Nak rajin update blog. Sebab? Haha.. nak rajin masuk contest. Keseronokan memenangi pertandingan adalah sesuatu yang ajaib. Ia membuatkan anda berazam lebih lagi untuk sesuatu. Walaupun ia hanya sekeping tiket berharga RM25.

Saya pernah bertekad untuk memberi peluang kepada anak-anak saya kelak untuk menyertai pelbagai pertandingan. Ia bukan sekadar aktiviti biasa. Ia aktiviti yang membiasakan diri erti kekalahan dan kemenangan. Ia bukan sesuatu yang boleh didapati di pasar malam atau di Tesco Setia Alam.

Bila saya menonton program Chipsmore Land di TV3, saya pun dah berangan jugak supaya satu atau dua anak-anak saya dapat menyertai pertandingan tersebut satu hari nanti. Jika tidak pun, pernyertaan sukan olahraga di sekolah masing-masing sudah mencukupi untuk membuatkan anak saya kuat untuk menerima kekalahan dan kemenangan.

Saya tidak pasti adakah ini salah satu faktor psikologi beberapa ahli sukan seperti Nicol David cemerlang dalam kedua-dua lapangan, sukan dan akademik. Tetapi, bagaimana dengan ahli sukan yang hanya berjaya dalam satu lapangan sahaja? owwhh... mungkin faktor ini hanya berkesan pada sesetengah orang sahaja.

Saya sedang mencari playgroup activites for babies around shah alam dan klang. Jika ada sesiapa yang anjurkan aktiviti ni, please do inform ya! Saya mahu anak saya bergaul sedari kecil, supaya dia tidak takut orang. Takdelah nanti makcik dan neneknya asyik mengomel, 'Hadeef ni tak nak dekat orang..' Dan saya sedih ok, Hadeef tak berapa mahu dengan ibubapa saya :(

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Muhammad Hadeef bin Hairil Isham
Lahir pada 26 Mac 2009
Umur 8 bulan


Ini kali kedua saya menyertai pertandingan sepanjang saya menjadi blogger sejak 2004. Kali pertama, dua hari lepas. Ha-ha.

Ye, saya sakan mengambil gambar terbaik hadeef hari ini untuk memenuhi syarat penyertaan. Sampai ke Pantai Remis kami berjalan. Hanya untuk, menyertai pertandingan ini.

Menghirup udara pantai memang mengasyikkan. Melihat pesisir pantai sangat menyakitkan! Penuh sampah! Tetapi saya hiraukan segala anasir luar yang menjejaskan mood mengambil gambar Hadeef.

Sesekali membawa Hadeef keluar ambil angin petang memang seronok. Seminggu Hadeef dalam rumah, sakan la dia dapat keluar jalan-jalan. Tapi kesian Hadeef, x sempat dia melihat keadaan pantai dalam keadaan 'sepatutnya'.


Tujuan saya menyertai pertandingan ini bukan semata-mata hadiah (okay, okay, 70% untuk hadiah) tetapi jugak untuk spread the word, protect our home that we called earth.

Tak susah pun. Simple thing first. JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA.

Terapkan ayat ini dalam hati kamu. Ianya klise. Biasa sahaja. Tapi impaknya besar. Tak percaya? Hah, tak perlu berbelanja besar membeli beg recycle Tesco sedangkan kamu tidak menggunakan beg yang sama ketika berbelanja di pasar malam! Membazir di situ ya!!

Adakah GD seorang pembersih? Ha-ha.. (Tengok doraemon sekejap). Tidak adalah jawapan pasti. Saya sederhana sahaja. Pengotor tidak pula. Yang sedang sedang saja.. yang sedang sedang saja..... Nyanyi untuk menang.. ha-ha

Sibuk suruh orang jangan buang sampah merata-rata, saya tak pernah buang sampah merata-rata ke?

Ada cerita. bukan sengaja buat-buat bagus. Semasa di tingkatan 2, selepas waktu makan malam (saya bersekolah asrama) saya makan betik sambil jalan ke arah Musolla (surau) untuk solat maghrib. Lepas makan, kulit betik tu saya campak ke tepi. ~Sambil control cun jalan depan budak lelaki.

Saya ditempelak oleh seorang rakan, Nur Marni Ahmad supaya mengambil kembali kulit betik yang saya campak. Hello.. marah budak cun+cantik+lemah lembut depan orang ramai? Itu satu kesalahan besar! Saya terus berjalan. Marni tahan. Dia menegaskan supaya kulit betik itu diambil dan dibuang di tempat sepatutnya.

Hah, dengan perasaan marah+malu+kontrol cun, saya kutip balik kulit betik tadi. Nak tahu apa saya buat? Saya buang kulit betik tu dalam tong sampah laaa. Takkan saya nak tonyoh kulit betik tu kat muka Marni sebab malukan saya ~lalalala. Banyak pahala Marni sepanjang perjalanan saya ke surau selepas itu.

Entah kenapa, start dari peristiwa itu, saya jadi sangat teliti dengan orang yang buang sampah merata-rata. Automatik.

Automatik saya marah ayah saya buang kulit kacang dari tingkap kereta. Saya kata pada ayah, 'Bagi GD sampah tu. Sampai sekolah nanti GD buang' semasa perjalanan dari rumah ke sekolah saya.

Sampai hari ini, ia sudah menjadi tabiat saya. Saya simpan sampah dalam beg, dan buang ke dalam tong sampah yang berdekatan.

Dan ini adalah salah satu perkara yang saya mahu Hadeef belajar dari mamanya. BUANG SAMPAH KE DALAM TONG SAMPAH. Jika ada yang nak buat ayat chicky-chicky sikit, silakan. Boleh commercialkan tagline ni. Tagline lama ni nampak lapuk. Tak fresh langsung. Tapi besar natijahnya.

Ya, alam sekitar bukan untuk dilihat-lihat sahaja (dan bukan untuk masuk contest sahaja ~ lalalala) tetapi untuk kita fahami nilainya, jaga kandungannya.

Walaupun saya masuk pertandingan anjuran MBP bukan untuk hadiah, :p tapi kalau dapat hadiah best jugak. Dah la bulan ni bajet lari, terpaksa beli handbag bulan depan. Kalau menang, hadiah handbag dari Alicewonders, alangkah huhehuhe nya. Selain tu, hadiah anjuran Photobook pun ada car jugak.

Tiba-tiba nak lancarkan kempen, JANGAN BUANG SAMPAH DARI TINGKAP KERETA sebagai permulaan semangat cintakan alam sekitar.

Ayuh!! Kita mampu laksanakan! (Macam YB pulak! ha-ha)