Welcome to the BIG LEAGUE


Ucapan perkahwinan yang diberi oleh seorang rakan. Bukan seseorang yang akrab dengan saya, tetapi ada sesuatu yang membuat kami agak akrab pada waktu tersebut.

Setelah berkahwin, barulah saya mengenal erti ucapan itu. Liga besar dalam kehidupan. Itulah perkahwinan. Mungkin itu maksud beliau tentang kehidupan alam perkahwinan. Saya yakin, banyak lagi maksud lain yang mengertikan perkahwinan.

Ia tidak semudah 'I LOVE YOU'. Ia tidak semudah ' Ala, kalau saya kahwin dengan awak, family awak pun family saya juga'. Ia tidak semudah, 'Bang nanti kita ada anak, kita namakan dia Rafique Hariri, nak?'. Ia lebih besar dari itu.

Ia memerlukan etika pemikiran yang lebih matang, perlakuan yang lebih berakal, dan percakapan yang mendepankan fikiran sebelum pertuturan.

Proses perkahwinan bukanlah satu proses sehari, setahun atau dua tahun. Saya kira hampir semua tahu mengenai ini.

Pengorbanan dalam perkahwinan juga tidak terletak pada satu pihak. Jika anda rasa anda banyak berkorban, lihat pihak satu lagi. Saya yakin, pihak lagi satu juga berkorban sebesar anda berkorban.

Alam perkahwinan penuh cerita. Cerita botol susu harga sampai RM30. Cerita asam pedas banyak bawang. Dan tak kurang jugak cerita buat kerja lembab macam siput.

Ini semua permainan. Dan saya kira tidak ada kalah menang dalam permainan perkahwinan. Menang dalam definisi sendiri. Tentu sahaja jarang yang mahu mengaku kekalahan.

Kahwin baru setahun jagung, apa lagi yang perlu saya bicarakan tentang perkahwinan?

Gembira. Duka. Bahagia. Kecewa. Jauh hati. Di cintai. Mengasihi. Senarai ini akan bertambah sendiri.

Kepada Heliana Zakaria dan Sharina Nasir, selamat datang ke liga besar kehidupan!

Comments

  1. i learn a lot of things bila kawin ni...lagi la aku dgn laki aku dok berjauhan...ujung minggu je la jumpa..tu pun jumpa kejap je...memang gile kalau difikirkan...tp tu la cabaran. kalo aku x dapat tukar dalam masa 3 4 tahun mau jenuh aku nak pk kan tuk sesuaikan diri kalo dapat transfer nanti...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat