Posts

Showing posts from November, 2009

Saje mahu tambah entry - ke 99

Saya agak risau. Hadeef sleeping pattern masih sama. Sejak dari baby until now, 8 bulan. He will wake up at night dan menangis minta nenen. Is it a sign of hungry? Or cuma saja mahu di lenakan? Saya kurang mengepam sekarang. Tetapi direct feeding at night. Kesian Babah Hadeef jugak sebenarnya. Ha-ha. Saya pernah mengagak ia adalah petanda Hadeef kelaparan. Pernah jugak saya buatkan sebotol susu tepung supaya Hadeef tak bangun malam merengek minta nenen. Hasil masih sama. Hadeef masih bangun malam dan menangis. Dan saya baca artikel ni hari ini mengenai tabiat tidur anak saya. Semoga bermanfaat buat saya, suami dan anda. anda. anda. anda. OK cukup. Bagi mereka yang mempunyai keraguan mengenai tabiat tidur anak anda, baca di sini

nurulali.com COPP!!

Merancang untuk ada domain sendiri. nurulali.com. Cool eh? Borak-borak dengan rakan sekerja baru, Husaini mencadangkan beberapa nama. Adalah sesikit. rawanaz, baitulbytes, hostrelax. Exabytes? pengunjung blog den baru 4-5 orang. Follower baru 9 orang. T_T. Owwhh.. amirudin ada mencadangakan datakl. Murah pun murah. Tapi masih mencari yang berkenan dihati. Macam mana nak dapat yang berkenan dihati. Senang aje. Ikut instinct. Ngee... Merayau sampai ke lowyat.net, dapatlah beberapa calon yang sesuai. baitulbytes.com. fivio.com at last, boleh pulak sampai ke http://malaysiahostingreview.net/ . Kat sini semua webhosting kat malaysia ada. Siapa ada review lagi. Hah! Tak payah merayau jauh-jauh. Baca review di sini dan pilih! Nanti saya dah pilih hosting, tunggu je la entry baru dari nurulali.com. Insya ALlah. Hari ni bekerja separuh hari. Esok dah raya. Cuti tahunan dah habis. Adehh... Masalah GD Library masih belum selesai. Portal di opis belum berupaya untuk ada galeri gambar yang sempur

Sepakat Membawa Berkat

Beberapa lama berpening kepala. Akhirnya jelas dan nyata, keputusan telah dicapai. Keputusan yang agak memeningkan buat orang yang tak pernah pening mengenai urusan perkahwinan. Hah! Rasakan! Dari kahwin dah tak perlu fikir apa-apa. Orang kata goyang kaki saja. Semua dah ada orang uruskan. Walaupun tak berapa selesa dengan keadaan sebegitu, tapi kadang-kadang sampai ambil kesempatan pulak atas kebaikan orang lain. Huhuhu.. Maafkan saya... Dan kini, walaupun agak selesa dengan keputusan yang telah dicapai, saya perlu optimis! Takut? Saya akui, saya takut sebab selama ini dah ada uruskan segala-galanya. Dan alhamdulillah, ada persediaan untuk semua ini. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba sahaja semua perlu saya uruskan sendiri? Sedikit kerisauan menyinggah. Anak perlu saya tinggalkan. Tetapi saya harap bukan dalam tempoh yang lama. Saya harap. Membuat keputusan membuatkan kita semakin matang. Semakin kita membesar, semakin besar keputusan yang perlu kita ambil. Dan, semakin besar risiko yang

It is not that easy

Mereka kata, kerja tak siap. Aku kata, aku dah suruh cek, sampai mencangkung sampai menangis, tolonglah periksa. Mana-mana yang ada silap saya betulkan. Mereka gelak. Mereka kata, nanti saya cakap dengan CEO. Saya kata, nnt saya cakap dengan ACP. Macam kau sorang ada akses orang besar. Main ugut-ugut pulak. Macam c*laka. Hari ni makin kusut. Serabut. Macam ha*am. [mood mencarut]

Dup.. dap.. dup.. dap...

Sedari petang semalam dah dup dap dup dap... Mana baju tak sampai-sampai lagi ni? Hasrat untuk buat baju raya haji. Banyak lagi baju tak buat ni. Ada la 3 pasang. Cukup la satu baju untuk Gong Xi Fa Cai, satu Hari Gawai, satu Merdeka. Hahaha Tengah mencari-cari menu sarapan, datnag kak ida, dia bawak pulut n sambal tumis. Cara jugak! Ada anak ikan sepat goreng garing, ikan bawal, sambal tumis and pulut siam. Baru tau kenapa ore klate sarapan macam ni. Ada car rupanya menu ni! Pulak sambal kak ida buat memang kaw habis. A'ah, yang sedap tu la dia bawak sikit. Ciss.. mencalit2 semua orang terhadap sambal teresebut. To-dO Leave Balance IBUS Portal Manual PD*M project.(print-hantar. Lama sangat ke? Memang saja lama-lama kan. Ha-ha. ~Takbaik takbaik) RedHat (in order to accomplish RHCE-sangat!) --kenapa tiba-tiba letak senarai kerja disini? nak berlagak anda seorang yang bekerja di dunia ini? hoho--

Tekad: Rajin Update Blog

Image
Tiba-tiba hari ni ada tekad baru. Nak rajin update blog. Sebab? Haha.. nak rajin masuk contest. Keseronokan memenangi pertandingan adalah sesuatu yang ajaib. Ia membuatkan anda berazam lebih lagi untuk sesuatu. Walaupun ia hanya sekeping tiket berharga RM25. Saya pernah bertekad untuk memberi peluang kepada anak-anak saya kelak untuk menyertai pelbagai pertandingan. Ia bukan sekadar aktiviti biasa. Ia aktiviti yang membiasakan diri erti kekalahan dan kemenangan. Ia bukan sesuatu yang boleh didapati di pasar malam atau di Tesco Setia Alam. Bila saya menonton program Chipsmore Land di TV3, saya pun dah berangan jugak supaya satu atau dua anak-anak saya dapat menyertai pertandingan tersebut satu hari nanti. Jika tidak pun, pernyertaan sukan olahraga di sekolah masing-masing sudah mencukupi untuk membuatkan anak saya kuat untuk menerima kekalahan dan kemenangan. Saya tidak pasti adakah ini salah satu faktor psikologi beberapa ahli sukan seperti Nicol David cemerlang dalam kedua-dua lapang

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Image
Muhammad Hadeef bin Hairil Isham Lahir pada 26 Mac 2009 Umur 8 bulan Ini kali kedua saya menyertai pertandingan sepanjang saya menjadi blogger sejak 2004. Kali pertama, dua hari lepas. Ha-ha. Ye, saya sakan mengambil gambar terbaik hadeef hari ini untuk memenuhi syarat penyertaan. Sampai ke Pantai Remis kami berjalan. Hanya untuk, menyertai pertandingan ini. Menghirup udara pantai memang mengasyikkan. Melihat pesisir pantai sangat menyakitkan! Penuh sampah! Tetapi saya hiraukan segala anasir luar yang menjejaskan mood mengambil gambar Hadeef. Sesekali membawa Hadeef keluar ambil angin petang memang seronok. Seminggu Hadeef dalam rumah, sakan la dia dapat keluar jalan-jalan. Tapi kesian Hadeef, x sempat dia melihat keadaan pantai dalam keadaan 'sepatutnya'. Tujuan saya menyertai pertandingan ini bukan semata-mata hadiah (okay, okay, 70% untuk hadiah) tetapi jugak untuk spread the word, protect our home that we called earth. Tak susah pun. Simple thing first. JANGAN BUANG SAMPAH

Da Vinci The Genius

Membaca catatan dalam The Star beberapa minggu lepas. Terus aku masukkan event dalam E66 kalendar. Ini event bersejarah. Bagi aku. Selepas fenomena Da Vinci Code yang aku tonton 2 kali di TGV Bukit Raja beberapa tahun lepas, dan selepas aku mendapatkan naskah penting dari Dan Brown (Da Vinci Code, Deception Point, The Lost Symbol) aku rasa pameran ini adalah sangat WAJIB untuk aku pergi. Belum ada kesempatan (weds, kenduris, baby's health) untuk aku ke sana. Kalendar E66 dah pop this event everyday. Aisshh.... bila la nak pergi ni? Bila aku meronda-ronda di internet hari ni, terjumpa this fella yang merasuk aku untuk kena-apdet-blog-jugak-ni hari ni. Siapa Leonardo Da Vinci? Leonardo Da Vinci dari kacamata kasar lebih terkenal dan sinonim dengan Monalisa. Potret wanita zaman kurun ke 14 itu menjadi karya besar. Sebesar nama pelukisnya. Da Vinci asalnya adalah nama tempat kelahiran Leonardo, di Itali. Mungkin sempadannya pada waktu itu di Itali, sebelum kemaruk Perang Dunia Pertama