Sepakat Membawa Berkat

Beberapa lama berpening kepala. Akhirnya jelas dan nyata, keputusan telah dicapai. Keputusan yang agak memeningkan buat orang yang tak pernah pening mengenai urusan perkahwinan. Hah! Rasakan!

Dari kahwin dah tak perlu fikir apa-apa. Orang kata goyang kaki saja. Semua dah ada orang uruskan. Walaupun tak berapa selesa dengan keadaan sebegitu, tapi kadang-kadang sampai ambil kesempatan pulak atas kebaikan orang lain. Huhuhu.. Maafkan saya...

Dan kini, walaupun agak selesa dengan keputusan yang telah dicapai, saya perlu optimis! Takut? Saya akui, saya takut sebab selama ini dah ada uruskan segala-galanya. Dan alhamdulillah, ada persediaan untuk semua ini. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba sahaja semua perlu saya uruskan sendiri?

Sedikit kerisauan menyinggah. Anak perlu saya tinggalkan. Tetapi saya harap bukan dalam tempoh yang lama. Saya harap.

Membuat keputusan membuatkan kita semakin matang. Semakin kita membesar, semakin besar keputusan yang perlu kita ambil. Dan, semakin besar risiko yang mendatang. Dan, semakin kompleks akibat dari keputusan yang diambil. Ia bukan boleh difikir sehari dua. Malah kadang, makan bertahun untuk mencapai satu keputusan.

Ia mungkin bukan keputusan yang adil, tapi cukuplah untuk meredakan suasana tegang dan tidak keruan.

Kematangan bukan sahaja datang dari membuat keputusan. Ia juga hadir dari kompleksnya kehidupan anda. Jika anda rasa kehidupan anda kini adalah sangat tenang dan senang... maaf saya katakan. Anda belum mencapai tempoh kematangan.

~Saya menuju tempoh kematangan.

Comments

  1. "Jika anda rasa kehidupan anda kini adalah sangat tenang dan senang... maaf saya katakan. Anda belum mencapai tempoh kematangan."
    aku rasa salah premis ko yg ini...sbb
    "jika anda sudah merasa sangat tenang dan senang ketika ini,ianya bermaksud anda sudah melalui tempoh kematangan yg tinggi"...
    ini baru betul...yg ko aku tgk sampai bila2 aku rasa mmg xtenang dan xsenang..maksud..sampai bila2 xkan matang..fact!

    ReplyDelete
  2. Mungkin betul tapi telahan orang ni pelbagai. Kadang kita rasa apa kita buat tu cukup simple tapi bagi orang lain sangat remeh. Kita rasa apa orang buat tu sangat remeh tapi bagi dia dah simple habis.

    Telahan orang tu pelbagai

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda