MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Muhammad Hadeef bin Hairil Isham
Lahir pada 26 Mac 2009
Umur 8 bulan


Ini kali kedua saya menyertai pertandingan sepanjang saya menjadi blogger sejak 2004. Kali pertama, dua hari lepas. Ha-ha.

Ye, saya sakan mengambil gambar terbaik hadeef hari ini untuk memenuhi syarat penyertaan. Sampai ke Pantai Remis kami berjalan. Hanya untuk, menyertai pertandingan ini.

Menghirup udara pantai memang mengasyikkan. Melihat pesisir pantai sangat menyakitkan! Penuh sampah! Tetapi saya hiraukan segala anasir luar yang menjejaskan mood mengambil gambar Hadeef.

Sesekali membawa Hadeef keluar ambil angin petang memang seronok. Seminggu Hadeef dalam rumah, sakan la dia dapat keluar jalan-jalan. Tapi kesian Hadeef, x sempat dia melihat keadaan pantai dalam keadaan 'sepatutnya'.


Tujuan saya menyertai pertandingan ini bukan semata-mata hadiah (okay, okay, 70% untuk hadiah) tetapi jugak untuk spread the word, protect our home that we called earth.

Tak susah pun. Simple thing first. JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA.

Terapkan ayat ini dalam hati kamu. Ianya klise. Biasa sahaja. Tapi impaknya besar. Tak percaya? Hah, tak perlu berbelanja besar membeli beg recycle Tesco sedangkan kamu tidak menggunakan beg yang sama ketika berbelanja di pasar malam! Membazir di situ ya!!

Adakah GD seorang pembersih? Ha-ha.. (Tengok doraemon sekejap). Tidak adalah jawapan pasti. Saya sederhana sahaja. Pengotor tidak pula. Yang sedang sedang saja.. yang sedang sedang saja..... Nyanyi untuk menang.. ha-ha

Sibuk suruh orang jangan buang sampah merata-rata, saya tak pernah buang sampah merata-rata ke?

Ada cerita. bukan sengaja buat-buat bagus. Semasa di tingkatan 2, selepas waktu makan malam (saya bersekolah asrama) saya makan betik sambil jalan ke arah Musolla (surau) untuk solat maghrib. Lepas makan, kulit betik tu saya campak ke tepi. ~Sambil control cun jalan depan budak lelaki.

Saya ditempelak oleh seorang rakan, Nur Marni Ahmad supaya mengambil kembali kulit betik yang saya campak. Hello.. marah budak cun+cantik+lemah lembut depan orang ramai? Itu satu kesalahan besar! Saya terus berjalan. Marni tahan. Dia menegaskan supaya kulit betik itu diambil dan dibuang di tempat sepatutnya.

Hah, dengan perasaan marah+malu+kontrol cun, saya kutip balik kulit betik tadi. Nak tahu apa saya buat? Saya buang kulit betik tu dalam tong sampah laaa. Takkan saya nak tonyoh kulit betik tu kat muka Marni sebab malukan saya ~lalalala. Banyak pahala Marni sepanjang perjalanan saya ke surau selepas itu.

Entah kenapa, start dari peristiwa itu, saya jadi sangat teliti dengan orang yang buang sampah merata-rata. Automatik.

Automatik saya marah ayah saya buang kulit kacang dari tingkap kereta. Saya kata pada ayah, 'Bagi GD sampah tu. Sampai sekolah nanti GD buang' semasa perjalanan dari rumah ke sekolah saya.

Sampai hari ini, ia sudah menjadi tabiat saya. Saya simpan sampah dalam beg, dan buang ke dalam tong sampah yang berdekatan.

Dan ini adalah salah satu perkara yang saya mahu Hadeef belajar dari mamanya. BUANG SAMPAH KE DALAM TONG SAMPAH. Jika ada yang nak buat ayat chicky-chicky sikit, silakan. Boleh commercialkan tagline ni. Tagline lama ni nampak lapuk. Tak fresh langsung. Tapi besar natijahnya.

Ya, alam sekitar bukan untuk dilihat-lihat sahaja (dan bukan untuk masuk contest sahaja ~ lalalala) tetapi untuk kita fahami nilainya, jaga kandungannya.

Walaupun saya masuk pertandingan anjuran MBP bukan untuk hadiah, :p tapi kalau dapat hadiah best jugak. Dah la bulan ni bajet lari, terpaksa beli handbag bulan depan. Kalau menang, hadiah handbag dari Alicewonders, alangkah huhehuhe nya. Selain tu, hadiah anjuran Photobook pun ada car jugak.

Tiba-tiba nak lancarkan kempen, JANGAN BUANG SAMPAH DARI TINGKAP KERETA sebagai permulaan semangat cintakan alam sekitar.

Ayuh!! Kita mampu laksanakan! (Macam YB pulak! ha-ha)







Comments

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Young Living Essential Oil