Aku tidak membesar dengan lagu. Lagu memang tidak ada tempat dalam hidup aku. Pernah semasa aku pergi ke kursus motivasi semasa sekolah menengah, aku mengaku pada motivator yang aku tiada lagu kesukaan. Pakar motivasi itu seumpama menyalahkan aku kerana sepatutnya aku mempunyai satu lagu kesukaan untuk aku jadikan booster untuk belajar. Lebih tumpu. Lebih fokus. Tapi memang aku jujur, aku tiada lagu kesukaan. Ayah adalah orang utama yang menyebabkan perkara ini. Ha-ha-ha. Dulu masa zaman Exist tengah di ambang kehebatan, pernah aku dan abang pakat beli kaset Exist dengan duit raya kami (baca:duit raya aku). Pasang time ayah xde. Aha! Bala datang menimpa. Entah dari mana, tiba-tiba ayah datang dari belakang. Ok. Lepas tu aku x payah cerita. Dengan kaset, dengan radio sekali hilang. Ha-ha-ha. Bila dah makin besar, makin pandai pilih jalan sendiri, aku dah reti dengan lagu-lagu ni. Bukan sepuluh tahun lepas, bukan 5 tahun lepas, tapi 4 bulan lepas. Masa berpantang, sharp pukul 4, aku ba