Aku terima nikahnya..

Baru habis baca buku ni Ahad lepas. Sambil melepak dan buat rutin harian baru, aku habiskan jugak buku ni. Bagi pelawat tegar blog saifulislam.com ini adalah buah tangan baru hasil dari blogger tersebut. Ustaz Hasrizal. Ustaz Hasrizal ni boleh dikatakan sebagai ustaz tetap office aku. Sempena Ramadhan ni, monday morning meeting akan diganti dengan ceramah dari Ustaz Hasrizal.

Buku ni sebenarnya adalah kumpulan entry dari blog saifulislam.com. Tetapi ianya telah ditapis dan hanya mengambil entry yang berkaitan dengan alam perkahwinan dan jugak kekeluargaan. So, isinya cukup sempoi. Tidaklah seperti buku2 parenting dan perkahwinan yang lain. Banyak berkisar kepada kehiduap ustaz Hasrizal sendiri. Yelah, blog kan?

Ustaz ni biasa berceramah untuk student universiti. So macam-macam soalan dia pernah terima. Antara soalan yang paling aku x tahan,

'Ustaz, berapa banyak SMS saya boleh kirim kepada pasangan saya dalam sehari?'

Xke pelik tu? Aku tgk soalan pun aku tahu, itu mesti asal dari sekolah agama. Aku dulu pun dari sekolah agama jugak, so sbb tu aku tahu. Haha.. Antara persoalan-persoalan yang pernah jugak timbulkan masa skolah,

'Berapa lama boleh lelaki dan perempuan bercakap di telefon'


'Macammana suara yang dibolehkan bila bercakap dengan lelaki'


As we grow older, rasanya semua soalan tu x perlu ditanya pada ustaz atau kiai. Kita boleh jawab sendiri. Tergelak jugak aku baca.

Teringat masa zamana sekolah dulu. Masa mesyuarat BADAR. X puas hati betul aku time tu. Ustaz Ghazali sarankan mesyuarat antara lelaki dan perempuan mestilah bertirai. Memang aku xpuas hati. Sampai sekarang aku x puas hati.

Aku sampaikan rasa x puas hati aku masa mesyuarat tersebut. Sampai Siti Zaharah sabarkan aku. Sorry la Cik Za. Sampai sekarang saya x puas hati. Hahaha..

Itu kisah dulu, tp masih aku x setuju.

Owwh.. berbalik pada buku tersebut silalah kamu-kamu semua membacanya. Elok untuk bacaan santai yang sangat berilmu.

Comments

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat