Influenza A H1N1!!

Aku dengar radio hanya dalam kereta. Maka, aku mendengar radio hanya pada waktu pagi (pergi kerja) dan petang (balik kerja). Stesyen radio yang biasa aku tunned in HOTFM. Semalam mcm biasa, aku dgr hotfm. Sesi jawa rangers. Masa session dorg ni selalu dorg akan bg satu topik untuk borak santai waktu petang. Dan akan diikuti dengan topik permanent, 'Kongsi bersama hotfm anda hangat atau tidak'. Sort of la..

Semalam ada seorang pemanggil yang boleh aku kategorikan sebagai selfish menelefon dan memberitahu ' Saya x hangat hari ni... '

Jawas then asked the girl why, dan dia jawab, ' saya kena suspek H1N1... '

Jawas respond was very sympathic lepas dengar jawapan pompuan tu.

Pastu dengan selambanya dia cakap, 'I nk tgk G.I JOE esok....'

Rasa macam nak lempang pulak.. Macam bangga pulak diri sendiri kena H1N1. Lepas tu dengan bagus dan tersangat nak-kena-pelempang nak pergi lagi tempat org berkumpul untuk menyebarkan virus yang bawa mati itu.

Ok kawan-kawan, sungguh, elakkan diri anda dari tempat berkumpul. Maaf, MEGA SALE. Saya amat takut terjumpa dengan individu selfish seperti ini. Hadeef masih memerlukan saya.

Jika anda tidak mampu untuk mengelak untuk ke tempat awam seperti ini, sila amalkan langkah pencegahan. Biar orang lain memandang anda seperti FREAK sbb pakai all sort of prevention tools, at least anda selamat dari virus berbahaya ini.

Kepada yang SUSPECTED H1N1, tolonglah hargai nyawa anda, dan nyawa orang sekeliling anda. Dapatkan berita terkini mengenai virus yang dikenalpasti sedang menyerang anda. Sila amalkan langkah pencegahan yang amat teliti supaya virus tersebut tidak merebak kepada orang lain. Dan anda sepatutnya rasa bersalah jika terdapat penularan peringkat tempatan sehingga menyebabkan kematian. Ia mungkin berpunca dari anda.

Aku tidak tahu bagaimana langkah pencegahan dan informasi di sebarkan di kolej2 dan universiti, tetapi aku harap, pihak terbabit menjalankan promosi besar2an untuk mengelakkan jangkitan lebih besar berlaku.

Yelah, semua pelajar disarankan balik ke kampung, untuk mengelakkan penularan berlaku. Dengan selamba, balik kampung sbb cuti. Tapi bercuti sakan di padang bola dan di shopping complex. Hah! Bagus!

Comments

  1. ye la, aku paling benci dgn org yang selfish mcm ni...ingat nyawa ni boleh beli2 kat pasar ke??huh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat