Young Living Essential Oil

Source image from google.com

Assalamualaikum wbt. 

Sedang mencari rentak. Dah bertahun blog ni tak bersentuh. Jauh lagi untuk dijenguk. 

Blog ini menceritakan hari hari saya dari sebagai seorang pelajar degree, sehingga menjadi seorang isteri, anak satu. 

Kemudian catatan ini terhenti semasa berjinak jinak berniaga. Membuka perniagaan adalah satu perkara yang saya syukuri. Pelbagai perkara saya belajar. Dari ilmu berniaga sehingga ilmu memperkasakan diri sendiri. Tak kurang juga ilmu untuk menjadi isteri dan ibu yang lebih baik. 

Adulthood101 adalah satu pelajaran yang tidak mempunyai silibus berstruktur. Penuh dengan pelbagai ujian dan kuiz. Tiada markah diberi. Hanya pengalaman yang menjadikan kita lebih baik. Ada masanya, menjadi seorang yang kita tidak kenal. Bertambah buruk. Atau bertambah kental. Kau takkan sangka yang kau boleh lakukan sebegini baik. Atau kau tak sangka yang kau adalah manusia yang boleh tahan jahat. 

Alhamdulillah sentiasa diberi peluang untuk terus masuk ke kelas Adulthood101 walaupun kau tahu yang kau gagal peperiksaan lepas. Antara nikmat yang kau perlu syukuri. Peluang kedua.

Untuk terus menjadi maju. Untuk terus menjadi lebih baik. 

Gambar ihsan di atas adalah perniagaan terbaru. Nama perniagaan tersebut ialah #terjebakclan. 

Hahaha..


Comments

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Sepakat Membawa Berkat