Pergerakan Sang Bayi

Alhamdulillah. Saya masih lagi kuat untuk bergerak dipenghujung tempoh kehamilan. Kini telah menginjak ke minggu 39. Masih berbaki seminggu sebelum bayi yang saya kandung, berada di dakapan saya.

Dalam tempoh penghujung kehamilan, frekuensi pergerakan bayi adalah sangat penting. Ini adalah untuk mengukur tahap kesihatan. Terdapat beberapa hospital yang sedia membekalkan 'fetal movement chart' atau carta pergerakan bayi. Di tempat saya menjalani pemeriksaan kehamilan, tiada carta dibekalkan.

Konsepnya mudah, pastikan pergerakan bayi sekurang-kurangnya 10 kali dalam masa 12 jam. Ambil kira dari jam 9 pagi sehingga 9 malam, pergerakan bayi mestilah melebihi 10 pergerakan. Bagaimana pula mengenal pergerakan bayi? Sekiranya terdapat pergerakan bayi yang berlarutan sehingga beberapa saat, ia masih dikira 1 pergerakan. Berselang selepas pergerakan itu, baru dikira 2 pergerakan.

Bagi yang mahu membuat sendiri carta pergerakan bayi sendiri, anda dialu-alukan. Tetapi bagi saya yang agak pemalas, saya dapatkan carta tersebut di SINI. Anda yang ingin mereka sendiri carta bayi anda, mungkin boleh jadikan carta dari sumber tersebut sebagai panduan.

Keadaan bayi setakat ini, alhamdulillah. Sihat. Dari pemeriksaan rutin kehamilan, segala tentang bayi adalah sangat baik. Kepala sudah berada dilorong yang betul. Hanya menanti masa untuk keluar sahaja. Heh.

Kadang ada juga ketika saya panik mengenai kehamilan kali ini. Ucapan-ucapan dari beberapa kenalan membuat saya sedikit panik apabila sedikit ke'abnormal'an terjadi. Ditambah dengan beberapa cerita bersalin kenalan, aihh.. sungguh. Saya panik.

Jika dikira, pada kehamilan lepas, EDD adalah tepat. Pada kali ini, saya ada berfikir yang kemungkinan akan bersalin awal dari tarikh jangkaan. Sungguh, ia bukan pilihan saya.

Apa yang paling saya harapkan, segala-galanya lancar. Mudah dan selamat. Hanya pada Dia saya panjatkan kesyukuran. Alhamdulillah. Im blessed with my life.

Comments

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat