Posts

Showing posts from September, 2009

Cloth Diaper

Akhirnya... saya sudah mendapatkan 4 cloth diaper baru untuk Hadeef. Sangat cantik plus kemas untuk dipakai. Sebelum ni dah try satu. Lunatots design. Hah! Tengah promosi Hari Raya, satu poket CD + 2 insert berharga RM30. Amat jelas murah! Saya beli kat sini . Tapi saya tengok promosi tu dah habis hari ni. Nasib sempat order. Haha.. Buat masa ni, Hadeef pakai lampin biasa untuk waktu siang. Dalam pukul 10 atau 11 malam baru saya akan pakaikan disposable diapers untuk dia. Kerja mama malas bangun nak tukar. Tapi sebab sejak pantang lagi dah guna lampin, saya sangat rimas tengok Hadeef ber'disposable diaper' lama-lama(more than 4 hours). Bila dia bangun untuk menyusu, dalam pukul 4am lebih kurang, saya akan tukar diapers Hadeef sekali even x berapa basah. Untuk disposable diapers saya pakai jenama Tesco je. Tengok Hadeef pun ok je dengan diapers tu. Dulu pakai jugak yang berjenama, Huggies. Lepas tu saje try pakai Tesco punya. Bila tengok dia pun xmeragam, saya teruskan penggun

Jadikan Kami dari golongan yang sedikit

Sesekali jika aku terlampau terikut dengan perasaan dek kerana tidak puas hati, aku merungut sendiri.. Kenapa aku? Kenapa macam ni? Ditambah dengan perbandingan dengan rakan-rakan lain. Sentiasa di situ. Tidak berganjak. Sesekali bila perasaan itu mencapai klimaks, aku menangis sendiri. Tanpa punca. Memandu seakan-akan tiada jalan penghujung. Alhamdulillah. Masih ada iman dalam aku. Allahummaj 'Alni Minal Qalil Ya Allah, jadikan kami dari golongan yang sedikit. Tidak semua yang kamu suka itu yang terbaik bagi kamu. Tidak semua yang kamu benci itu terburuk untuk kamu. Syukur!

Felem Kita, Wajah Kita

Image
Baru selesai menonton filem animasi paling gempak Malaysia, Geng: Pengembaraan Bermula . Watak utama, si comel dan nakal Upin & Ipin yang menjengah Ramadhan sekitar 2 tahun lepas dalam kartun pendek mengenai Ramadhan. Dah lama aku cari CD/DVD ni sementelah tidak sempat menjenga pawagam tatkala sibuk dengan persediaan kehadiran bayi baru ketika tu. Kalau tak... hahaha... Jalan cerita yang dekat dengan masyarakat. Subjek: Hantu DURIAN. Klise memang luar biasa. Mula-mula aku kurang yakin dengan jalan ceritanya sebab tengok gazet filem ni banyak sangat aksi. Dan aku conclude kan, ahh.. sama macam Cicakman. Bila aku baca testi dari blog lain, waaahh.. musti tengok ini filem. Minggu lepas baru Hairil dapat beli DVD. Harga RM35. Kalau tak silap la. Tahniah Les'Copaque sebab berjaya menghalang pirasi filem Malaysia. Kalau Les'Copaque boleh buat, kenapa tidak penerbit filem yang lain? Kalau konon-konon takut sangat filem diciplak dan di jual di pasaran gelap, mintak sahaja tips-tips

Hassan!

First day at work after a looong holiday. Hassan, lu ingat lu boleh lari ka? Lunch time, gua kejar lu sampai dapat! Meleleh air liur la air liur selagi x dapat ayam kampung restoran Hassan hari ni..

Indah dan hujan

Online dari Tasik Indah, Shah Alam. Hari ni adik ipar yang belajar di Sarawak balik. Kitrg berbuka kat luar. Aku dari training center terus cargas ke sini. Book meja. Ada lagi belen 3-4 meja je. Raya lagi 4 hari. Kasut raya pun xdak lagi. Kasut Ramadhan ada laa... :p Baju raya sedondon mondon x siap lagi. Tailor kata ari Jumat. Baju raya x sedondon pun siap hari Jumaat. Baju melayu Hadeef je dah siap. Tang tu la yang buat x sabar nak beraya ni. Haha.. Baju raya Hadeef x payah cerita lah. Buleh buat karpet. Dari nenek2, makcik-makcik. Pakcik je xde bagi baju raya. Hah. Apa kes? (mak x sedar diri hahaha) Mama Hadeef teringin baju dari Singapore, tapi x dapek. Adik aku yang kawin dengan orang Singapore x dpat nak balik beraya. Berkaitan dengan status permohonan PR di Singapore. Bertan-tan la dia menangis. Kesian gak. Nasib aku kawen orang sini. Nangis jugak di hari raya tapi tetap dapat beraya dengan 2 family. Insya ALlah, kalau ada rezeki, kitorang le ke sana raya ke-4 nanti. Kesian pula

Minggu Kabutan!

Image
Terasa benar minggu ini minggu yang tersangat bz. Jadi runner ke sana ke mari. Aduuuhh.. pening sket kepala. ALhamdulillah. Exam pagi tadi lulus.. X dapekla seratus. Lulus jadi lah. Ada jugak contribution untuk project Dynamic tu kan? Haaa.... Pasni nak g demo ke projek lagi satu pulak. Pastu projek-dah-nak-abis-contract pun nak kena layan jugak. Aduuuhh.. betul saya rasa sengsara. Tapi saya tak kisah, sebab saya percaya, Allah tidak akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuanNya. Maka saya yakin, segala yang berlaku pada minggu ini adalah, ENTENG! Minggu depan minggu rehat. Attend training bagi saya adalah rehat yang sangat bererti!