Felem Kita, Wajah Kita
Baru selesai menonton filem animasi paling gempak Malaysia, Geng: Pengembaraan Bermula. Watak utama, si comel dan nakal Upin & Ipin yang menjengah Ramadhan sekitar 2 tahun lepas dalam kartun pendek mengenai Ramadhan.
Dah lama aku cari CD/DVD ni sementelah tidak sempat menjenga pawagam tatkala sibuk dengan persediaan kehadiran bayi baru ketika tu. Kalau tak... hahaha...
Jalan cerita yang dekat dengan masyarakat. Subjek: Hantu DURIAN. Klise memang luar biasa. Mula-mula aku kurang yakin dengan jalan ceritanya sebab tengok gazet filem ni banyak sangat aksi. Dan aku conclude kan, ahh.. sama macam Cicakman. Bila aku baca testi dari blog lain, waaahh.. musti tengok ini filem.
Minggu lepas baru Hairil dapat beli DVD. Harga RM35. Kalau tak silap la. Tahniah Les'Copaque sebab berjaya menghalang pirasi filem Malaysia. Kalau Les'Copaque boleh buat, kenapa tidak penerbit filem yang lain? Kalau konon-konon takut sangat filem diciplak dan di jual di pasaran gelap, mintak sahaja tips-tips dari orang-orang muda berjiwa besar di Les'Copaque.
Baru selesai menonton filem ni malam tadi. Sambungan dari beberapa hari lepas yang tak dapat tengok sampai habis cerita. Hadeef join the club. Suka betul dia dengan Upin dan Ipin. Haa.. umpan yang diguna pakai oleh Babah Hadeef time di suruh jaga Hadeef. Berdua la anak beranak depan laptop layan Upin Ipin. Diam la si kecik. Aman la si Babah.
Saja aku bandingkan dengan filem terbitan KRU. Sequell Cicakman yang di adun serasi menggunakan teknologi CGI. Sampai cerai berai nak terbitkan filem Hero Malaysia. Masih dengen konsep yang sama, jalan cerita setereotaip, cinta, mutasi, kota fantasi, orang jahat. Masa mula-mula Cicakman ditayangkan, aku cukup positif. Walaupun gambar tidak begitu sempurna, aku masih positif. Ye lah, kalau bukan kita yang menyokong filem kita, siapa lagi? Selepas keluarnya Upin & Ipin di TV9, aku mula berubah fikiran.
Tak kira la teknologi apa yang diguna pun, aku rasa kreativiti jalan cerita adalah paling penting. Tengok sahaja Kartunis Lat, kartun dia bukan cantik pun. Hidung besar, rambut kerinting, dan sentiasa tidak berbaju! Dek kerana uniknya jalan cerita, kartun ini mendapat pengiktirafan di buat dalam bahasa German!
We are still scratching our heads as to why so few people watched, and though the director has various reasons of his own, we cannot be at all sure why a film - which the viewers thought was at the very least entertaining, and at the very best, the director's best work - could do so little to stir the box office economy - http://losdanfaun.blogspot.com/
Akhirnya aku juga dapat menonton Los&Faun. Raya moviethon. Memang jalan cerita yang bagus. Kelakar makar. Gelak gulik aku tengok cerita ni. Tapi aku sendiri tidak excited untuk menonton di pawagam. Kenapa?
Commercial value pada poster los&faun sangat tidak menarik. Ditambah dengan persaingan sengit dari filem Transporter 3. Anda setuju? Kiena setuju. Haha. Dia menonton hanya kerana filem tersebut adalah filem Afdlin Shauki. Aku juga menonton SUMOlah kerana ia adalah filem Afdlin. SUMOlah juga tidak mempunyai promosi yang banyak ketika itu. Aku rasa ia adalah sebab yang sama mengapa Los&Faun mengalami nasib yang lebih kurang serupa dengan SUMOlah. So, Afdlin, kalau you nak i komen pasal poster filem u in the future, email me. Saya kasi harga cantik. Sebab i peminat fanatik u. Komen je la, kalau suruh buat i x reti. Haha.
Lagi sekali, felem kita, wajah kita. Missed our beloved Yasmin Ahmad. May she rest in peace. Al fatihah...
aku masih lagi x bleh nak hargai karya Arwah Yasmin Ahmad...kecuali kepada iklan2 yg dia cipta...filem? tak kena ngan jiwa aku..mungkin..
ReplyDeletearie: sebab ko racist kot :p hahhaa
ReplyDeletedamn!
ReplyDeletekena tgk filem dia dgn open minded...ada something wonderful in her films...
ReplyDelete