Indah dan hujan

Online dari Tasik Indah, Shah Alam.

Hari ni adik ipar yang belajar di Sarawak balik. Kitrg berbuka kat luar. Aku dari training center terus cargas ke sini. Book meja. Ada lagi belen 3-4 meja je.

Raya lagi 4 hari. Kasut raya pun xdak lagi. Kasut Ramadhan ada laa... :p

Baju raya sedondon mondon x siap lagi. Tailor kata ari Jumat. Baju raya x sedondon pun siap hari Jumaat. Baju melayu Hadeef je dah siap. Tang tu la yang buat x sabar nak beraya ni. Haha..

Baju raya Hadeef x payah cerita lah. Buleh buat karpet.

Dari nenek2, makcik-makcik. Pakcik je xde bagi baju raya. Hah. Apa kes? (mak x sedar diri hahaha)

Mama Hadeef teringin baju dari Singapore, tapi x dapek.

Adik aku yang kawin dengan orang Singapore x dpat nak balik beraya. Berkaitan dengan status permohonan PR di Singapore. Bertan-tan la dia menangis. Kesian gak. Nasib aku kawen orang sini. Nangis jugak di hari raya tapi tetap dapat beraya dengan 2 family. Insya ALlah, kalau ada rezeki, kitorang le ke sana raya ke-4 nanti. Kesian pulak adik aku tu.

Training abis esok. Memang jadi menantu hantu aku ni. Dah dekat raya pun x leh nak tolong pape. Sahur pun bangun tinggal makannn jee.. adeehh.. segan dah macam nk conteng muka jadi Siti Nurhaliza jek.. huhu...

Setakat ni aku catch up la apa yang di ajar dalam training tu. Rasa macam spice up balik pulak. Teringat zaman berbengkel zaman UiTM dulu. Ini la mainan aku waktu cuti sem dulu. Dah 3 tahun x bersentuh, terkebil2 jugak la first day aritu.

But, seriously, thanks to Mr Hamid dan juga dewa dan puaka2 Linux kat UiTM dulu yang sesama berjaga malam (konon berbengkel) nak setelkan task yang En Hamid bagi. Heh. Bagi gua webserver, seploh menet kasi siap la. Bagi gua iptables, hah.. 20minggu x tentu siap. haha.. Kes En Hamid dengki aku dah siap webserver. Haha.. terkebil2. Apa kejadahnya laaa ip tables tu. Huhu...

Time tu mmg zaman gelap ala Renaissance betul. Sungguh aku x tau apa nak tekan kat keyboard. Nasib la dewa tahap Yoda (Titi, Ustaz, Doe, Peysal, Najmi etc) join sekali. Sama-sama telan ke'bodoh'an dari En Hamid. Abis bengkel, lepak Khalifah. Aman damai (kononnya).

Aishhh... so serasa seronok jugak belajar in formal Linux ni. Dalam kepala aku dah plan memacam dah lepas raya ni. Bukit Aman, aku pun ada plan baaaeeeeekkk punya. Tunggu la lepas raya ni. Hahah.. mcm jahat je..

Tengah tunggu Hairil dan mak mertua aku serta adik ipar aku ni. Dorg tersekat nunn.. di Batu 3. Hujan lebat pulak tu. Nasib badan.

Macam berlagak pulak. Haha.. aku sorg je on notebook kat restoran ni. Haha.. kembang idung. Aku sorg je yang ada notebook kat sini. Agaknya ini la ciri-ciri sekular yang ada kat aku kot. Hahaha... (melayan provokasi murahan)

Comments

  1. aku ingat kan aku je yang jadik menantu hantu...balik penang tau makan je..hahaha..dah abih tu aku tanya nak tlg apa2..x bg tolong...aku tolong makan je la...hahaha

    ReplyDelete
  2. mar: ahaa.. ko sesekali xpe la.. ni kalau tetiap hari... hooooo... tensen jugak wooo jadi hantu ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat