38th Week

2 more weeks to go!!

Contraction (Braxton Hicks) sudah semakin kerap. Sebelum ni, aku rasa BH ni seminggu 2-3 kali. Sekarang, sehari mau ada 5-6 kali. Tp ia bukannya serius. Cuma ALlah nak bagi rasa 'sikit' camne contraction sebenar sewaktu kelahiran nnt. Agaknya. Hehe.

Baby movement setakat ni masih lancar. Dalam masa 12 jam, jam 3-4 petang da cukup 10 gerakan. Aku dah agak confuse, sbb ada 2 artikel aku baca, baby movement mesti cukup 10 mvement in 2 hours. Last week checkup aku confirm kan dgn doktor, doktor kata 10 movement in 12 hours. Done. Jgn paranoid sgt.

Owwhh.. last week checkup. Hehe.. Doktor sgt membuatkan aku suami isteri tersenyum girang. Dia scan sampai nampak muka baby. Yay!! Mata masih tertutup. Aku byk makan pedas kot. Nampak hidung. Mulut kurang jelas. Tapi lupa mau print. Alhamdulillah, doktor jelaskan baby so far sangat sihat. Alhamdulillah.

Mak baby lagi terlampau sihat. Setelah 2 bulan berat tidak bertambah/berkurang, iaitu 64kg. Last week naik mendadak 66kg. 2kg dalam masa seminggu. Dan nafsu makan untuk minggu ini masih membuak2. On the way g kerja pagi ni, dah plan. Sarapan nak kena ada air teh krisantimum. Tghr mau makan daging masak kicap, telur masin, sayur kobis. Huurrmm....

Sampai opis, terus intai kedai runcit auntie nk tgk ada jual ke air teh krisantimum ni. Ada. Yes. Nafsu gelodak semakin hebat. Cari nasi lemak. Ni x masuk dalam wish list. Tghr dah plan nak makan kat ss19. Harap2 ada la daging kicap. Meleleh air liur.

Last week jugak office ada buat family day event. Aku x join. Dorg buat kat Rompin. X berani nak amik risiko nak jalan jauh2 dalam waktu terdekat ni. Tambahan pulak, Hairil ada paper hari sabtu tu. Ahh.. xpe lah. Bukan rezeki nak join family day tahun ni.

Hari ni sampai opis terus interview sumer org. Sapa dapat hadiah paling 'vogue' tahun ni. Perrgghh... LCD TV 42" + Voucher Habib Jewel RM5K. X payah masuk 'Cari Menantu' dah dapat hadiah Habib. Gila aku mengorat mamat yg menang ni. Manalah tahu, kot2 ada rezeki dia bagi aku barang sebentuk dua cincin 24 karat ke.. Hahaa....

Ahh.. x kisah la dpt cincin ke idak. Yg penting aku dapat makan daging masak kicap tghr ni. Harap2 ada laaa...

Comments

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Young Living Essential Oil