Cerekarama di gerabak Komuter

Cerita ni tidaklah tragis mana. Aksi? Mmg takde. Tarian Bollywood? Ahaa.. malang sekali ia bukan budaya filem Malaysia. Tentu juga tiada dalam cerekarama yang bakal aku sajikan buat korang sebentar lagi.

Bermula cerita dari perjalanan pulang seorang ibu mengandung dari tmpt customer. Ibu yang suci murni wajahnya ini mahu stesen Komuter Shah Alam. Prince Charming sedang menunggu ibu suci murni wajahnya(SMW) ini di sana.

Ibu SMW ini sememangnya agak fobia untuk menaiki komuter semenjak mengandung. Bukan apa.. ibu SMW ini agak benci bila beratur tetapi akhirnya terpaksa mengalah kepada org yang berebut2 sehingga terpaksa menunggu komuter sehingga 2-3 kali. Itu belum masuk komuter delay ke apa.. X makan 2 jam lebih menunggu? Berdiri beb, sbb nak beratur. Ibu SMW ni mmg patriotik orangnya. dan cewek juga.. Sewaktu menunggu komuter dan akhirnya bertolak2 itu lah ibu SMW ini menangis teresak2 di stetsen KL Sentral tanpa mempedulikan orang sekeliling. Kata hatinya, lantak laaaa!!! Tapi itu kisah lalu. I mean, episod terdahulu.

Latest episod, ibu SMW ni dah start menangis waktu menaiki teksi menuju ke KL Sentral. Tiba-tiba terdetik dalam hatinya, membaca Bismillah sebanyak mungkin sepanjang perjalanan ke KL Sentral. Ibu SMW teringat kisah kawan dia, Shikin yang pernah bekerja sbg guru ganti utk mengajar kelas Peralihan. The students' behaviour can make this person sick every single day. But, dgn keikhlasan membaca Bismillah sepanjang perjalanan ke tmpt kerja, this friend boleh bertahan dgn jayanya di kelas tersebut.

Teringat kisah itu lah ibu mengandung SMW ini membaca Basmallah sepanjang perjalanan. Moga perjalanannya kali ini dimudahkan urusannya.

Jam sudah menunjukkan pukul 5 lebih. Ibu mengandung SMW ini dah start tahan emosi nak nangis. Turun dari escalator, tren sampai. Orang punya ramai.. Langkahnya longlai.. ehh.. boleh masuk tren pulak?? Hahahahaha.. Alhamdulillah... syukur nya ibu ini Allah sahaja yang Maha Mengetahui!!

Tmpt duduk? Ibu ini sedikitpun tidak mengharapkan tmpt duduk. Asalkan dia sampai ke destinasi tujuan, itu dah cukup bagus buat dia. Tiba di Stesen Pantai dalam, seorang kakak McD masuk. Menunjukkan rasa simpati, dia bertanya ibu SMW ini mahu ke mana. Muka x puas hati, dia kejut seorang budak remaja yang tgh tidur utk memberi tmpt duduk kepada ibu SMW ini. Ibu ini menolak dgn baik. Gila baik ibu SMW ni. (ha-ha-ha)

Bagi ibu ini, setiap orang dalam tren itu ada masalah mereka tersendiri. Ada yang penat bekerja, yang sakit kepala, yang demam. Maka dia mmg tidak mengharap apa2 dari penumpang, dan dia juga dia masih mampu utk bertahan. Dah lah suci, murni, baik, positif pulak tu.. Isteri sapa la ni...

Sampai di stesen Dato Harun, seorang makcik yang lebih tua dari ibu SMW ini bangun. Makcik ini duduk berhadapan dgn ibu SMW. Kelihatan seperti mahu melihat nama stesen. Dan dia pulak terus berdiri mcm dah nak keluar, kakak McD ini menyuruh ibu mengandung ini duduk. Ahaaa... disinilah klimaks cerita ini berlangsung. Makci ini rupanya tidak berniat langsung untuk memberi tmpt duduk kepada sesiapa di dalam tren. Maka dia punya merajuk kakak McD suruh ibu mengandung SMW ini duduk, mulutnya tidak habis2 berceloteh.

'Saya cuma nak tgk stesen mana saja.. kenapa saya tidak boleh duduk.? Sedangkan saya lebih tua dari dia? (ibu SMW)'

Masing2 terdiam. Remaja perempuan sebelah makcik tersebut meneruskan aktiviti tidurnya tanpa mempedulikan aksi dari beberapa perempuan di sebelahnya. kata makcik itu lagi,

'Saya dulu 4 bulan pun berdiri juga. Tiada masalah pun??'

Sedas ibu ni terkena. Dalam hati dia berkata, aku dah 7 bulan daaa... agaknya perut kecik kot. Nampak mcm baru sebulan dua.. huhuhuhu..

Aku pujuk makcik tersebut utk duduk kembali. Aku mmg x kisah berdiri. Aku kata. Dia sudah merajuk. Dia kata xpe, never mind..

Hahaa.. malu gila... pastu remaja perempuan sebelah aku pun cabut, lepas stesen selepas itu. Makcik tersebut masih tidak mahu duduk. Tanda protes. Lantas tmpt duduk tersebut diambil oleh seorang lagi remaja perempuan lain. Dia picit2 kepala. Pening agaknya. Haha.. drama betul..
Sampai di stesen subang jaya, makcik dan kakak McD turun. Aku x tahu dorg sambung gaduh atau tidak. Seorang lagi ibu mengandung masuk. Tiada org yang mahu bgn memberi tmpt duduk. Ibu SMW sudah awal2 katakan, dia masih mampu berdiri, maka dia bgn beri tmpt duduk pada ibu mengandung 2 itu.

Masih, remaja perempuan sebelahnya tidak langsung prihatin dgn drama td, makcik lain bgn memberi tmpt duduk kepada aku. Hahaha.. tragik pulak tiba2...

Perjalanan petang sehingga di shah alam membuat si ibu tersenyum panjang. Drama betul petang ni. Tiada lagi esak tangis di bahu suami seperti dahulu... hahahahhahaha gelak betol2 ni..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Young Living Essential Oil