BF and Me

Melawat seorang rakan yang baru menerima orang baru di PPUM bersama opismet. Bayi pertama, 3.8 kg. Opismet yang dah ada anak kata, budaknya dah macam sebulan lahir. Besar. Senang pegang. Syazril Irfan. Sedap kan?

Mendengar cerita sang ibu pengalaman bersalin. Dulu aku takut nak dengar. Sekarang, aku perlu dengar. Dari seorang ke seorang bercerita pengalaman masing-masing. Aku dengar.

Teman berkata, Cik, nak breastfeed mmg kena cekal. Dia senyum. Aku tahu. Cuma aku x tahu situasi sebenar. Aku tahu dari pembacaan. Aku belum tempuh alam sebenar. Aku x tahu dari pengalaman. Tentu sahaja aku belum yakin samada aku cekal atau tidak. Tapi semangat kena kuat!

Aku bekalkan hairil dengan berlonggok2 naskah mengenai breastfeed. Kepentingannya. Kebaikannya. Aku xnak memilih untuk breastfeed hanya kerana monetary reason. Harga setin susu formula RM50. Seminggu setin. Sebulan 4 minggu. 4 darab RM50 = RM200. Banyak tu. Aku harap ini bukan reason utama aku memilih untuk breastfeed anak aku nnt.

Menggunakan hairil untuk sama-sama membaca mengenai breastfeed semata-mata menjadikan dia sebagai alat sokongan ketika aku down nnt. Aku x pasti selama mana aku boleh bertahan. Tapi aku mahu dia tahu, yang aku perlukan sokongan dia yang aku mahu meneruskan breastfeed my OWN child with my my OWN milk selama mana yang mampu.

Beberapa hari yang lalu dia ada bertanya, Kita nak kena selang selikan susu ibu dengan susu formula kan? Aku terkejut. Eh? Sapa cakap? Errr... dengan nada emosi.. dan lemah lembut! Hahaha

Bukan ayang ke yg bgth, nak kena bg anak minum susu formula untuk hilangkan demam kuning?
Aku diam. Mmg aku ada bgth dia pun. Masa kawan aku citer, aku in doubt jugak, kenapa perlukan susu formula sekiranya susu ibu sudah kenali kebaikan antibiotik yang tinggi? Ok aku terdiam time tu.

Aku jelaskan kat dia, tapi x perlu sampai nak selang selikan dengan susu formula. Kalau dah abis demam, x payah le nak bg susu formula.

Esoknya aku minta kawan jelaskan pasal perkara ni. Dia kata, bukan susu formula yang perlu diberi. Bayi perlu diberi susu atau air sebanyak mungkin supaya dia membuang dengan banyak. Biar demam kuning cepat hilang. Dalam kes dia, atas sbb stress, susu kurang keluar. Jadi dia beri susu formula. Yang penting, beri sebanyak mungkin air atau susu supaya bayi dapat 'membuang' sebanyak mungkin. Hah! Lega aku! Susu ibu masih susu terbaik!



Mendengar teman bercerita koyak sana koyak sini waktu melahirkan mmg buat bulu roma naik! Dulu jangan harap aku nak baca pengalaman bersalin. X terbayang! Sekarang, aku perlu tahu. Dan aku nak tahu. Aku masih lagi membaca.

Terfikir untuk berborak dengan Dr Mahfuzah. Kawan sekolah menengah yang dah jadi doktor sekarang. Aku mahu tahu tentang anatomi 'tempat kelahiran' tersebut. Aku x mahu jadi panik atas sebab-sebab dengar cerita orang. Aku mahu tenang menghadapi saat-saat itu. Aku tahu aku perlu lalui kesakitan itu. Itu nikmat terbesar seorang ibu. Mencari motivasi di saat kelahiran jadi misi terdekat aku buat masa ini.

Comments

  1. yeah, salute for your determination.

    first.. patience...
    second.. patience...
    third.. patience...

    that's the keyword sis!

    my daughter ain, i managed to breastfed her exclusively until 1 1/2 years old...

    and now my son, baru 5 bulan, but so far... alhamdulillah, still on BF.

    kelebihan dia, no need for me to explain as u can google on that.

    to ensure the successful, kena ade kesabaran yang tinggi la, sebab working mums memang besar cabarannya. then support from the loved ones. then the environment.

    halemak... banyak lagi nak cite nih.. tapi kang jadik cam blog sendrik plak.. heheheh

    anyway..wishing u the best of luck sis! moga Allah permudahkan segala2nya.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. this what i call support! TQ sis!

    ReplyDelete
  3. yaa....jgn risau..saya akan menyokong seperti saya menyokong manu...oh..xleh mcm sokong manu..?kene lebih..???boleh2..saya sokong awak lebih dari sokong manu....yeay...glory..glory breastfeeding...

    ReplyDelete
  4. breasfeeding bagus dol. ko tengok aku. product breastfeeding. bijak dan pandai...hehhehehee...

    ReplyDelete
  5. karimrambo: bijak? pandai? hensem? bawak myvi hitam? ceeehhh...... kalau betul ko bf punya product, berani beli la BMW... ahaha.. ada kaitan ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Young Living Essential Oil