Sebulan Suda...

Termasuk minggu lepas, dekat sebulan jugak la aku x jumpa ayah. 2 minggu lepas ada jugak Kakcik bgth, ayah bertanyakan aku. Kenapa aku x balik. Adeii.. dan Kakcik pun sangat bagus dgn mengexplain, kalau kakak balik, ayah xde. Minggu ayah xde, kakak balik. So camne? Bukan kakak x balik.... Huhuhu...

Semalam aku call ayah. Saje tanya khabar. Ayah x angkat phone pulak. Aku ingat ayah kerja jadi aku x call sbb aku xnak ganggu.

Pagi ni ayah call. Tanya khabar. Ayah tanya, bila nak balik. Err... Mmg minggu ni pun turn balik umah Klang. So minggu ni gd balik laa.. aku jawab.

Ayah cuti arini. Anam demam.. Ayah tgh masak sup ketam ni. Petang ni balik la makan sup ayah. Insya Allah... nnt petang gd singgah. aku balas.

Ayah bukan jenis yang ramah sebenarnya. Bagi aku ayah seorang yang tegas. Tapi aku lebih senang berterus terang dgn ayah berbanding mak. Bagi aku, aku lebih mudah berbicara dgn ayah. Ayah bagi aku sgt supportive. Dan sangat percaya pada aku.

Masa baru dapat lesen jangan harapla aku nak pegang stereng kereta sesapa kat umah tu.Mak pun x pernah pegang stereng kereta ayah, aku mintak izin nk guna kereta ayah pegi kedai mak. Sengih2 aku kat mak tunjuk kat mak yang anak dia ni reti bawak kereta.. Kereta ayah pulak tu!! Hahaha.. Kereta mak? Huhuhu.. mak takut eksiden katanya. Itu salah satu contoh le aku ckp ayah percaya kat aku..

Aku tahu ayah ada harapan kat aku dulu. Masa aku nak masuk form4, tangan aku patah. Jadi aku daftar lewat. Ayah yang daftarkan aku. Dia masukkan kelas agama sedangkan aku dah pesan, kalau boleh aku nak amik science stream. Ayah pujuk aku, ayah kata masuk kelas agama pun ada subjek akaun. Boleh jadik akauntan. Boleh jadik peguam. Aku diam je. Bukan trend aku pulak nak lawan cakap ayah.

Balik dari cuti sakit, aku pegi pejabat guru. Setelkan sendiri. Aku daftar sendiri masuk kelas sains. Dah setel, aku bgth ayah aku tukar kelas. Ayah ok kan aje.

Cikgu kelas yang ayah daftarkan tu pulak, marah2 kat aku sbb degil. Ayah aku da daftarkan kelas agama aku tukar kelas sains. Degil kata cikgu Rokiah. Marah betul dia. Sungguh dia marah time tu. Aku ingat lagi muka dia. Huhuhu...

Abis form4, result aku bukan bagus pun. Ayah pujuk aku masuk sekolah JAIS. Err... main language Arab. Dan byk exam arab. Aku tahu ayah ada plan utk aku. Aku tolak baik2. Aku cakp aku boleh buat. Tahun ni aku main2.

Mak kat rumah marah2 sbb result teruk aku. Dia suh aku lepaskan semua tanggungjawab aku kat sekolah. Xleh konsentret katanya. Aku gipang time tu. Semua jawatan persatuan aku kaut. Haha.. rasa sendiri glamer la sangat. Hahaha...

Err.. akibat lambat prepare utk SPM dan mungkin akibat degil, SPM aku x berapa bagus. Ayah masih sokong apa minat aku sampai la apa yang aku jadi sekarang. Alhamdulillah, keadaan sekarang tidaklah seburuk mana. Cukuplah utk kehidupan aku sekarang. Kalau ada lebih, aku sharekan dengan mak dan ayah. Itu je yang aku mampu sekarang.

Even aku tahu, aku yang set sendiri jalan aku, walaupun ayah dah setkan satu jalan lain utk aku, aku cuma nak dia tahu aku nak jadi anak yang baik untuk dia. Berbakti utk dia sementara ada hidupnya. Sementara ada hidup aku.

Err.. rindu kemaruk ni!!

Comments

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat