Pelik ke?

Balik dari kerja semalam awal sikit. 515pm da cabut. Bos aku pulak, pukul 4 dia dah cabut. Isteri dia tgh expecting. Tgh tunggu hari je. Anak ke 6. Alhamdulillah..

Singgah Giant Shah Alam sat. Beli apa yang patut. Kan anam demam. Selalu aku belikan vitagen. Semalam bleh lupa pulak. Hehe.. Beli dan blah. Risau jugak salah jalan. Sebab selalu jadi co-pilot. Nasib x sesat. Keluar USJ lalu Elite, masuk Shah Alam. Giant tu dekat je lee... Hohoho...

Sampai umah, ayah xde. G mengajar, entah kat mana. Mak kata ayah x bgth pun. Dia terus keluar sebelum maghrib, nak mengajar. Aku pun dalam hati, hehe... trick le ayah tu nak suh aku tido umah. Hahaha...

Err.. kesilapan teknikal sikit. Aku cuma bgth Hairil aku balik lepas makan malam. Tapi kalau dah malam sangat, aku tido rumah je. Dah punya syok borak ngan mak ngn kakcik, lupa sungguh nak tepon bgth status terkini, iaitu aku mmg tido rumah Klang. Aku x call langsung pulak. Lepak2 ngan ayah ngan anam depan TV. Layan ESPN. Nasib ayah x bukak Animal Planet. Channel kegemaran dia tu. Aku la yang selalu teman ayah tgk dolphin bila semua orang pakat masuk bilik bila ayah tukar channel ayah. Haha...

Lapar sangat, lepas maghrib tu makan ngan mak ngan kakcik. X tunggu ayah. Ayah masak punyalah banyak. Macam semua orang balik je pulak malam td. padahal tambah sorg je... lebih 5 ekor agaknya ketam ayah masak. Ayah kalau masak mmg dia x reti bajet pun. Biasa mmg dia masak melimpah ruah. Sebab dia jarang memasak. Kalau rajin dia masak lee.. Itu yang kurang sikit bab bajet membajet ni.

Ayah balik dalam 930pm camtu. Salam ayah. Dia senyum je. Dia tny dah makan ke belum. Aku ckp le dah. Dia komplen apsal byk lagi. Malam tu sebelum tido mak pulun sensorg. Haha... Pagi td aku tgk dalam peti ais ada la tinggal lagi seekor setengah. Kira ok laa.. xde la nnt ayah kata xde orang makan dia masak. Hehe...

Pagi ni sarapan kat kedai mak. Nak anta kunci rumah, pastu terus masuk Setia Alam g USJ. Pagi ni sambil sarapan sambil aku tgk mak kerja. Cantik mak aku ni. Orang kata muka aku ikut muka mak. Maksunya aku ni cantik la kan? kan? kan? Aku betulkan tudung kasi nampak sama sket mcm cara mak pakai tudung. Abis makan tgk cermin sat. Err.. selekeh tang tuuu jugak. Mana ntah menurunnya cantik mak kat aku ni. Hahaha..selekeh manjang. Nasib le Hairil dapat isteri selekeh mekeh cam aku. Untung jugak ada orang nak kat aku. Hahaha....

Comments

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat