Wabak


Macam x keruan je sekarang. Dah nak kena berjimat cermat dgn lebih hebat lagi selepas ini. No shopping for kasut, no shopping new tudung.. Tapi boleh shopping utk baju. hehe.. i do really need new baju. Lebih2 lagi dah x bleh nak pakai baju kurung skang. Muncit.

Semua ni gara-gara terjebak dgn gold investment. Aku pilih maybank product walaupun banyak jugak produk lain2. Masa aku baru bukak akaun hari tu RM98/gm. Hari ni turun RM88/gm. Hoh.. Kalau ikut prediction kawan aku yg dah beberapa bulan terjebak dalam wabak ni, kalau hujung minggu ni dah turun, mean minggu depan akan turun lagi. Plan jangkamasa pendek, bawak buku pelaburan setiap hari. Sekarang ni rasa mcm nak amik half day pulak. Nak balik umah amik buku pastu terus beli unit. Haha.. Tapi sabar. Buah sabar itu kan lebih manis?

Aku tahu pasal gold investment ni dari Sarah. Kawan masa kat uitm dulu. Dia yg kenalkan aku dgn produk gold investment ni. Tapi aku baru beli bulan ni. Takpe, dgn harga minyak menurun skang ni, aku boleh beli byk2. Masa harga minyak naik nnt, ada la projek aku bleh buat. Kawan aku ni dah survey2 dia kata harga emas ni ikut harga minyak. Harga minyak naik, naik la harga dia. Harga minyak turun, turun la dia. Dan, harga emas yang aku ckp ni xde kaitan dgn emas di Poh Kong atau Habib Jewels. Itu nilai emas komersial. Yang aku beli ni nilai emas komoditi. Kalau aku x silapla. Kalau aku sila sila bgth aku.

Pregnancy



Bila pregnant ni macam2 perubahan berlaku kat badan ibu-ibu. Sama la macam aku. Tapi sebenarnya, aku mmg ada masalah ngan kulit kering dan akhirnya akan menjadi gatal dan kemudian akan menjadi satu memori yang indah terpahat di tempat yang aku kegatalan.

Bila dah pregnant ni, aku consult ngan doctor masalah aku. Since before married lagi aku dah biasa consult pasal alahan kulit aku, jadi aku rasa dia lebih memahami situasi kulit aku even aku dah pregnant. Dia pun ckp yg sometimes mommies akan mengalami alahan pada kulit masa pregnancy bukan sebab alahan terhadap sesuatu makanan atau benda, tetapi the body itself.

Sebab aku dah biasa kena gatal2 badan sebelum ni, aku gunakan Dettol untuk pembersihan menyeluruh. Kena marah ngn Doc. Pastu dia kata jgn mandi air panas. Sebab takut overheating, dan takut kandungan terjejas. Maka aku katakan padanya, 'Saya selalu mandi ngan Dettol guna air panas laa...' Hoh. Kena lagi sedas ngan Doc. haha.. Alhamdulillah, harapnya segalanya lancar sampai tiba hari keramat itu. Masa tu pulak, since aku guna sabun Dettol, x jalan. Guna shower cream Dettol x jalan. Then last resort, aku guna pencuci Dettol yang kaler coklat tuh. Pun x jalan. Maka aku beli Sabun dari produk Simple. Aku mmg guna produk ni utk skin care. Sbb kulit aku ala-ala mengada2 maka aku guna produk ni sbb dlm kandungan dia x byk pewarna dan lebih banyak guna air. So utk kegatalan di badan ni aku pun beli la sabun dia.. Alhamdulillah. Kulit semakin lembut dan berseri. Eceehh.. xdelah.. sometimes naik jugak kekeringan kulit aku ni. Tapi at least kurang sikit la dari dulu. X kerap. Perut pun dah start gatal2 gak. Sapu cream yang doc bagi je dolu.

Baru check up kali kedua, doc scan, tgk plasenta (uri) di bawah. So doc suruh jaga elok2 dan elakkan buat kerja berat2 sangat. Ikhtiar aku, doa semoga semuanya selamat. Baru faham jadi ibu. Baru seronok jadi ibu. Ada sesuatu yang lebih penting untuk kita fikirkan dalam hidup ni. Macam-macam!!

Comments

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat