Arrrghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!

Ini x sepatutnya berlaku! Tidak sepatutnya. Ok, my other half family berfahaman lain dari aku. Maksud aku, fahaman politik. Baru semalam aku ber'diskusi' dengan adik sepupu suami aku pasal kes Teresa dan Azan. Aku biarkan dia bercakap. Dan aku juga sememangnya kehilangan kata sebentar sewaktu diskusi itu berlaku. Dan aku fikir, kita sejujurnya hanya ingin mendengar apa yang ingin kita dengar. Dan kita akan menolak setiap kata yang tak ingin kita dengar.

Jika kita fanatik DSAI, kita menganggap setiap kata2 nista terhadap DSAI adalah fitnah. Sedangkan DSAI adalah manusia biasa ciptaan Yang Maha Agung. Jika kita membenci DSAI, kita akan mencemuh setiap kali pujian terhadap DSAI kita dengari. Itu yang aku katakan, kita hanya memilih apa yang ingin kita dengar.

Hidup bersama mertua bukan sahaja aku perlu belajar untuk membuat segala kerja rumah. Ya, aku bukan orang yang tahu buat kerja2 rumah ni. Tetapi aku juga perlu belajar untuk berdiplomasi dengan keluarga mertua. Walaupun berbeza pendapat, aku rasa aku perlu mengalah. Dan, seorang kawan pernah menjelaskan kepada aku, mengalah tidak semestinya kalah.

Tetapi, bayangkan hanya kerana isu ini, walaupun isu negara sekiranya keadaan tidak menyebelahi aku, aku dan mertua berpecah belah, sedangkan penduduk Kinrara kini sedang bersatu selepas kes yang berlaku. Non-muslim lebih memahami muslim dan muslim lebih memahami non-muslim. Aku? Nau'zubillah.. Minta dijauhkan Tuhan!

Ya, aku harus belajar. Aku tentu akan terus tegak dengan pendapat aku, dan pihak lagi satu tentu akan terus dengan apa yang ingin dia percaya. Aku tidak mahu aku dicop sebagai ahli mana-mana parti disebabkan perkara-perkara yang dibangkitkan. Aku belum berdaftar dengan mana-mana parti. Dan aku juga belum berdaftar sebagai pengundi!

Aku cuba tanamkan, setiap kata-kata yang aku keluarkan adalah dari hati aku, bukan dari mana-mana parti. Terserah, jika aku lebih terarah kepada pembangkang. Aku setuju itu. Tapi tidak semua idea parti pemerintah aku tolak. Aku percaya, kita semua manusia biasa. Dari perdana menteri hingga ke rakyat biasa. Samada kita Hindraf atau MIC. Samada kita korporat Melayu atau Cina. Kita semua manusia biasa. Berperasaan dan beremosi. Cuma, belajar untuk fahami keadaan sekeliling sebelum kita terlalu beremosi. Aku tahu aku salah. Dan aku belajar untuk tidak melakukan kesalahan yang sama berulangkali. Done.

Comments

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat