Suara Anda
saya merupakan bekas pelajar uitm sesi 2001 - 2006. Mengambil jurusan Diploma Sains Komputer dan seterusnya ke pringkat ijazah Data Komunikasi dan Rangkaian.
Saya tidak terkejut dgn semua respon di atas perkara yang dibangkitkan oleh MB Selangor, Tetapi saya agak kehairanan kerana semasa sesi pembelajaran saya di peringkat ijazah, saya pernah belajar sekelas dengan seorang Warganegara Mauritius. Saya pernah bertanya kepada beliau samada beliau pelajar program pertukaran pelajar, tetapi beliau menafikan dan memberitahu saya beliau memohon untuk belajar di UiTM semasa percutian bersama kawan-kawannya. Sebanyak 16 orang warga mauritius berada di dalam kampus sewaktu itu. menurut beliau.
Dan warganegara mauritius ini tinggal bersama kawan-kawan saya di Kolej Melati. Tetapi saya kurang pasti adakah beliau makan di Dewan Makan yang sama atau lebih terperinci lagi, adakah beliau mendapat hak keistimewaan subsidi dari Kerajaan yang sama dengan kawan-kawan saya yang Melayu.
Secara jujurnya isu ini saya percaya ini masih isu sensitif. Tetapi media kebelakangan ini hanya mengambil 'isu non-bumi ke uitm' dari yang sepatutnya 'isu non-bumi dan warga Asing ke UiTM'. Apa yang dikatakan oleh MB Selangor itu jelas telah di permainkan sehingga menjadi satu yang sangat sensitif iaitu diberatkan dengan 'isu non-bumi ke uitm'. Di mana kenyataan 'isu non-bumi dan WARGA ASING ke uitm'. ?
Saya sangat berbangga dengan pencapaian warga uitm selama setengah dekad ini. Saya juga bekerja di Syarikat yang ditubuhkan oleh bekas pelajar UiTM. Terima kasih UiTM. Dan penglibatan Warga Asing di UiTM adalah sangat menguntungkan pelajar-pelajarnya terutama fakulti saya yang tidak terlalu expose dengan bahasa Inggeris. Ya, kami belajar menggunakan buku bahasa Inggeris, tapi yang nyatanya, 2-3 hari kelas kami didatangi warga Mauritius tersebut, kelas kami diam. Seminggu selepas itu, pelajar kelas saya yang saya x sangka boleh berbahasa inggeris telah berbahasa Inggeris dan bergelak ketawa dengan warga Mauritius tersebut. Mungkin 16 orang warga Mauritius tidak menyamai kuota 10% yang dicadangkan oleh MB Selangor. Tapi saya yakin, UiTM sendiri mempunya misi dan visi yang lebih global utk pelajar-pelajarnya. Kalau tidak, kenapa 16 orang warga mauritius ini dibenarkan belajar di UiTM. Mengenai soal mendapat subsidi yang sama atau tidak, saya x mahu sentuh sbb saya mmg x tahu menahu mengenai soal pembayaran dan sebagainya oleh pelajar warga mauritius ini. Cuma saya mahu soal pembukaan kuota ini dapat dilihat (saya yakin telah dilihat dengan jelas) oleh Naib Canselor sendiri.
Maaf kiranya pendapat ini terlalu KIRI dengan pendirian pentadbir UiTM.
Dan saya masih berbangga saya bekas pelajar UiTM. Dan saya akui isu ini lebih mengeratkan lagi siswa siswi UiTM.
-- baru je hantar pendapat ni ke suaraanda@salam.uitm.edu.my
balasan dari Oneal Rahim dari UITM

=====================================================================================
Salam
Salam
Saya sudah membaca emel saudari, saya hanya ingin menyatakan beberapa perkara di bawah, saya tidak terkilan jika UiTM mengambil pelajar daripada luar Negara, macam yang ada sekarang ini, memang ramai pelajar daripada sebelah asia barat, seperti Iran, Arab Saudi sekadar menyatakan beberapa. Memang betul, jika kita ada pelajar macam tu kita akan belajar bahasa inggeris dengan lebih cepat, tetapi kalau ada orang cina atau orang india dalam universiti susah sikit, sebab mereka akan cakap dalam bahasa melayu pasar. Lagi satu orang cina & India macam belanda dapat tanah, hari ini kita bagi sikit esok dia nak lagi. Kalau perkara 10% dah di bagi kepada mereka orang melayu akan rugi 10% pelajar kita tak dapat tempat di ipta. Kalau macam pelajar antarabangsa kalau kita tak nak ambil mereka untuk pengambilan seterusnya, mereka tak akan melalak. Tapi cuba kuota 10% tu kita ambil balik... tengok camner akan berlaku. Orang melayu mudah di gunakan oleh bangsa lain. Tak perlu bersaing dgn yang lain untuk cemerlang.
Terima kasih
=====================================================================================
Aku pun balas la balik...
=====================================================================================
Tak perlu bersaing dgn yang lain untuk cemerlang.
Kenyataan ini terlalu ego. Apakah dosa darah Cina dan India ini? Tak cukup ke selama ni dorg 'OK' je dengan perlembagaan sedia ada yang memerah segala keringat dorg utk Melayu? Ya.. semua ini dibuat utk membangunkan Melayu dan Bumiputera. Tapi berapa banyak persen hak dan duit Bumiputera Sabah dan Sarawak dibelanjakan untuk tuntutan keperluan Semenanjung Malaysia? Bertahun2 wakil bumi sabah menuntut royalti lebih hasil bumi dan galian sabah. Ini menyalak ke namanya?
====================================================================================

kalau dia reply lagi, kasi publish lagi..dedahkan kebodohan dan kedangkalan org2 yg takut bersaing dengan orang lain...
ReplyDeleteorg yang selesa hidup dalam kepompong sendiri.. selesa hidup dlm kebodohan sendiri...
Alhamdulillah, rasa hormat saya atas diri anda semakin menebal dari hari ke hari. Rasa nya UITM telah berjaya melahirkan manusia yang berguna seperti saudari, makna nya institusi ini telah berfungsi membentuk manusia berhemah dan berfikiran yang berkualiti, bukan nya pentadbirannya yang kolot terpalit dengan politik kaum. Bukan kah Allah SWT telah mencipta hamba-hamba nya dari pelbagai kaum dan bermacam budaya supaya kita boleh kenal dan belajar sesama sendiri. Menolak bangsa atau kaum lain bererti mengeji Allah SWT kerana dengan kebijaksanaan dan kehebatan NYA, maka wujud lah manusia yang pelbagai ini. Sedar kah manusia ini bahwa peluang yang Allah SWT cipta untuk hamba2 nya adalah sama sahaja? Hanya kemampuan usaha dan kebijaksanaan adalah upaya diri sendiri. Tepuk dada tanya lah iman sendiri. Syabas saudari!
ReplyDeletemaxxx: hnsss... hnnnsss... hnnss.. TQ! TQ! gua cakap je boleh la.. hehe...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletei dun wanna be so emotional or racism here..but again i could say that uitm is for malay and bumis and that was the rational why uitm was established at the first place...isnt it enough that our so called IPTAs have been dominated by the non malays?i'm not talking about the figure itself and that doesnt include yet in terms of the achievement wise..and i'm not saying that by having all malays n bumis we are not competing..yes..we are competing amongst ourselves..if not..we cant have so many students who were really excel in their study till they were conferred the uitm best students..awarded the 1st class degree..ANC award...and so many awards thingy..some of them are really good till they can pursue their degree..masters degree..phd o'seas..if u wanna say that uitm students are not fluent in english..that was really bad man..people may improve if they really wanna improve themselves..despite of that..i could say that uitm students also are easy to get the job offer from outside..no matter the company is well-known company or not but still it's a job as compared to other unis student who hardly get even the interview itself (i'm not exaggerating here..it's really thru my social engineering experience and by saying all this..trust me that i really dun have the intention to condemn other unis students)..however,dont we feel proud of this?again this isnt the matter that by not having the non malays..we cant speak english..again..we can speak if we really want though..if other people can do it..why cant we?if other people can learn..so do us..and pls be rest assured that other people are also learning thru their mistakes..so by learning new mistakes we are actually assisting ourselves in serving better and better in the future..wallahu'alam
ReplyDeleteikhti: saya x reti berbahasa inggeris dengan begitu lancar seperti anda. Dan sedikitpun saya tidak merasa uitm adalah punca bagi masalah tersebut. Sampai sekarang saya masih cuba memperbaiki bahasa inggeris saya dengan membaca buku2 bahasa inggeris.Dari ayat yang ikhti maklumkan, uitm tidak boleh dibuka kerana ia adalah dibuka untuk BUMIPUTERA, dan perlulah dikekalkan untuk BUMIPUTERA sahaja. Saya juga tahu kerana ikhti sendiri adalah salah seorang first class student dari batch saya. Tahniah atas kejayaan saudari. Tetapi yang menjadi satu isu adalah uitm mendapat bantuan besar dari kerajaan. Maka, disinilah perkongsian itu perlu. Cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia disalurkan kepada UITM untuk pertumbuhan dan pendidikan pelajarnya. Kenapa ini yang tidak bleh dikongsi? Adilkah dimana duit2 rakyat ini hanya dinikmati oleh satu2 kaum sahaja? Dan lagi, bukanlah orang yang susah sahaja yang mendapat keistimewaan ini, anak2 Dato' pun belajar di UITM. Dan ingat, Namewee (satu nama yang cukup glamer suatu ketika dahulu), adalah salah satu simbol pencabulan hak mendapat pendidikan. Ya, dia telah mengkhianati lagu Negaraku. Tetapi, hayati mesejnya lagu2nya. Setiap sesuatu itu ada puncanya.
ReplyDeleteLagi satu, 2 mesej diatas bukan saya yang delete. Saya sendiri x tahu apa mesej tersebut. Saya tidak mahu berburuk sangka samada mesej tersebut mengandungi kata2 lucah atau kata kasar, yang pasti saya tidak sesekali mendelete mesej yang dipaparkan di ruangan comment ini.
Err.. meniru kata2 dari blog karimrambo, Universiti vs Institute. What's the different?
heiii....pandainya kawan2 ko
ReplyDeleteDear kak gd…I’m really sorry for the emotional reply…for those harsh words that I’ve posted in ur blog..it wasnt my intention actually to criticize ur views as well as the others regarding this matter but then it was truly and deeply came from my heart as a malay, bumi and ex uitm students..i’m not saying that my English is the queen of English but so long it can be understood by other people..it’s already fine with me.. =) ..to me…graduated with 1st class is nothing to proud of nor to show off as it was just my luck at that time..and I am so grateful until now for such rewards that Allah has bestowed on me…To me, all uitm students are the good ones if not they will not be chosen by uitm at the first place rite..and everyone in our batch also has gotten their job already..like I said earlier..no matter whether the company is a well-known company or not, we are already being employed as compared to those people outside who are still jobless…I know that everyone of us must have our own reasons..views and mentality to look into this matter from different perspectives..yes, I do respect those..however, notwithstanding of the overwhelming response received from some of the malays which showed their consent to this implementation..i strongly disagree that uitm should be opened with at least 10% of its quota to the non bumis..owh ya..another thing is that, for those two deleted msg..they were actually came from me..i did delete them due to some grammatical amendments and i just realized those errors after posted the replies..huhu so bad that it happened twice..but anyway...no worries for that..hehe..cheers~
ReplyDeletewallahu'alam
ikhti: it's ok. It's always happen. People makes judgement on what they see, and what they believe. Nothing personal. It's good to hear from others believer like you. Cheers too..
ReplyDeletefirst time aku jumpa GD masa OSHack. Tahun ni aku pergi lagi. Masuk dan kalah. Ada satu soalan tu pasal reverse engineer. Satu group jer boleh jawab. Budak daripada mmu, budak cina. Aku rasa, kalo bebudak bergaul dengan orang yang macam tu, ada banyak kebaikan daripada keburukan. aku rasa la.
ReplyDeleteaku pun takde degreee jadi aku pun tak pandai sangat.
titiwangsa: As i said, people judge base on what they see and believe. Hehe...
ReplyDeletejgn lupe sejarah.. kita jangan terlalu lembut hati.. tetapkan pendirian.. apa maksud nya? sejarah dah buktikan kerana kelembutan hati Melayu kita, maka tergadailah sebuah negara yang kita gelar sebagai Singapura. akhirnya bangsa Melayu Singapura merempat ditanah air mereka sendiri.. nah.. sekarang mana kegemilangan Islam di tanah air Singapura? kita korbankan hak kita, dan kita korbankan juga agama kita.
ReplyDeletebersediakah kita untuk mengulangi sejarah silam? atas kelembutan dan baik hati kita. bila kita berkata soal bangsa, sedarlah bahawa jika bangsa lain yang berkuasa, terbela kah agama kita? contoh mudah, jika bangsa XYZ berkuasa, tentulah agama mereka yang akan dijulang. sedangkan kita perlu mempertahankan agama kita! yang salah tetap salah, dan yang harus diperjuangkan ialah Islam, dengan bangsa Melayu sebagai pendokong utamanya.
pelajarilah sesuatu dari sejarah, semoga kita tidak alpa.. dan semoga sejarah tidak berulang (bukan lagu newboyz hahaha).