Permatang Pauh, Penantian dan Penentuan

Pilihanraya KECIL Permatang Pauh. Pilihanraya KECIL yang BESAR akan berlangsung hari ini. Melihat dimana kedudukan Anwar selepas ini. Samada dapat atau tidak dia membersihkan nama dari segala tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.

Sejujurnya, aku hanya berharap nama dia dibersihkan. Samada dia menjadi PM atau tidak bagi aku itu tidak penting. Kerana segala-galanya jelas, dan Kerajaan yang didukung oleh BN kini mendapat tentangan hebat dari Pembangkang. Dan segala yang berlaku dalam politik mutakhir ini akan membuahkan hasil kepada rakyat, insya Allah. Dengan pertambahan ahli pembangkang di dalam Parlimen, keputusan yang bakal dibuat akan banyak memihak kepada kita(rakyat, regardless of races and gender). Itu harapan aku.

Kembalikan maruah Badan Kehakiman Malaysia. Sekotor2 politik yang sedang bermain sekarang, aku harap ia akan berpihak kepada kita, again, RAKYAT regardless of races and gender.


Arsenal

Hoh, Anam dah bertukar angin. Dia skang sokong Arsenal pulok! Last week balik Klang jenguk mak nampak dia keluar rumah pakai baju Arsenal. Aku tanya la apsal pakai baju Arsenal plak, dia sengih je. Hehe.. Hampeh.. Belum setia lagi budak ni nampaknya. Masih mencari2 hala tuju kelab bolasepak yang perlu dikagumi. Hahaha...


Yot

Alhamdulillah, Yot nampaknya dah semakin sihat. Kaki still xleh gerak tp dia dah boleh bercakap macam biasa. Dah boleh mencocet2 mcm biasa. Hairil tanya baru aku sedar, mata Yot tu xde rabun macam orang tua lain. Telinga dia je baru-baru ni dah x berapa dengar, kadang kalau bercakap ngan dia kena jerit2 sikit. Haha.. But still, syukur Yot dah ok. Owwhh... Orang sangkar putong dari sungai penchala tu dah datang tengok2 kan kaki Yot. Kira lepas berubat dengan orang sungai penchala tu la baru Yot ok. So insya ALlah, raya ni still boleh rasa masak lodeh Yot. Hehehe.... Ngidam ooo....

Comments

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat