Percaya tak?

Adoyai.. Dah 2 hari gmail aku xleh bukak. Apa bomoh yang kenekan aku pun x tau la.. boleh aku lupa password gmail aku. macam cis pulak rasanya. Gmail ni aku login tetiap hari, tetiap hari ye.. boleh aku lupa.. betul la aku kene bomoh agaknya. Haha.. masa first day tu aku pun terus la apply utk reset password. Gmail kata dia hantar kat email lagi satu. iaitu yahoo. problemo lagik, password yahoo pun sama mcm password gmail. Maka, xleh bukak jugak.. Adoyai (glamer pulak tagline nabil ni). Ntah camno baru semalam den buleh bukak email yahoo den. Den toraii jo.. buleh masuk pulak. Yang den torai tu pun den main tokan jo kat keyboard ni ha... udah le.. ntah menatang apa pun x tau la.. Caps lock ke... x ke.. Adess.. maka, hari ni aku tulis dulu mana set huruf yang aku nak test, dan yg ok tu lah yang aku guna utk update blog ni.

Xdo alasan lain lebih kukuh lagi dari alasan den ni ha.. jangan ado pihak pulak nak buat SD ko.. bersumpoh2 bagai nak kenokan den kata dengan jolas den x apdet blog pulak. Manyak cikadak la.. ini alasan ni den x reko2 ni.. Ini butul2 punya kejadian ni.. Cayo sudah, x cayo pun sudah. Abeh citor..

Ayat-ayat Cinta

Abih dah baca buku 'ayat-ayat cinta' tu. Adess... buku tu klimaks tu hujung cerita. Maka masa dah nak abis tu, aku pulun baca even kat traffic light. Hahaha.. pastu bila lampu dah hijau baru terkedek nak masuk gear, clutch sumer. Pastu aku pun kene sumpah lah kan? haha..

Kisah cinta mengenai seorang mahasiswa Indonesia. Fahri nama dia. Nasib Fahri, kalau Fahrin aku jual balik buku tu kat MPH (a'ah la tu kan?) Tidak bercinta, tidak berkasih. Sangat merendah diri dengan status yang ada. Dia belajar kat sana tu pun atas tanah wasiat atuk dia. Bapak dia jual tanah yang sekangkang kera tu utk dia belajar kat sana. Maka, atas dasar kemiskinan tu, dia x berani nak mengorak langkah mengorat sesapa pun kat sana.

Tinggal bersama kawan dalam apartment rumah sewa Kristian Ortodoks, mahasiswa ni sume rock je ngan tuan rumah tu. Kira kalau ada birthday ke.. dorg bagi hadiah, pastu makan malam sesama. kira macam jiran x kira bangsa atau agama la.. ecececece..... ayat dah macam penulis novel. Fahri ni rapat jugak la dgn anak tuan rumah ni. Maria nama dia. Memula Fahri segan jugak, tapi minah ni asal dapat peluang nampak Fahri keluar rumah mesti dia tegur. Minta beli itu la.. ini la.. Hehehe.. Comel pulak rasanya pompuan ngorat lelaki ni.. ngehehe..
p/s:Err.. Shyda, novel awak akak lupa la letak mana.. x baca lagik.. errk... tapi ada kat umah rasanya.. hehe

Kawan2 rumah dia ada gak kenen2 dia ngan sorg mahasisiwi tapi sebab segan melampau.. Bila kene kacau tu dia rilek je la.. Nurul nama budak ni. Yang jadi kes dia banyak communicate ngan Nurul ni pulak, bila salah seorang jiran dia ni, Noura selalu kene buli ngn parents sendiri. Parents dorg tuduh dia ni bukan anak kandung. Sebab family Noura ni, dari kalangan Habsyi, hitam. Tapi dia ni punyalah cantik mak aii.. Orang arab ni pulak kalau dah marah, mmg membunuh je kerja dorg, pedulik la anak sendiri ke.. anak orang ke.. dia rasa nak belasah, dia belasah je..

Sampai satu hari ni masa dorg meraikan kejayaan Fahri diterima utk buat thesis, dorg celebrate la atas bumbung apartment dorg tu. Time tu la kecelakaan Noura ni datang lagi. Time ni la Fahri mintak tolong kat Maria tu supaya bawak Noura masuk bilik dia. Tapi maria takut, sbb bapak Noura ni mmg ganas semacam. Pernah jugak bapak Maria kene herdik ngan bapak Noura sbb masuk campur urusan family dorg. Tapi kesian la budak pompuan tu kene belasah macam anjing. Dah namanya jiran, urusan dorg jugak la.. Tapi pun bukan setakat urusan jiran. kalau kita pun tgk jiran kita kena belasah mcam tu, atas dasar kemanusiaan, sapa x nak tolong. Senang citer, kalau kita jadi budak kene belasah tu, apa lagi harapan yang kita ada selain jiran? Kalau dah family sendiri buat macam tu kan? (Huuu.. Memang boleh jadi novel ni..)

Pagi esok sebelum subuh Fahri dah dapatlan teksi untuk hantarkan Noura ke rumah mahasiswi Nurul. Mintak tolong Nurul jagakan. Sebab bapak Noura dah tahu sumer rumah kawan Noura, dan Noura pun dah selalu ke sana kalau kene belasah ngan bapak dia. Dan jaminan Fahri, bapak Noura xkan tahu dimana kedudukan Noura. (adeh.. lenguh...)

Terdapat jugak perkenalan Fahri dengan seorang muslimah Jerman. Time ni kat dalam LRT la.. lebih kurang. Ada la family Amerika ni masuk dlm LRT tu. Pastu orang2 arab ni mulalah mencarut sumer. Ada sorg warga tua Amerika ni, dlm LRT tu xde tempat duduk. Pastu muslimah Jerman ni bagi la tempat kat ibu tua amerika ni. TIme ni la orang2 arab ni mengamuk sbb dorg nak balas dendam kat Amerika sbb banyak buat kerosakan pada orang Islam. Time ni Fahri bertindak. Berhujah dgn orang Arab ni kena banyak guna hadis Nabi. Dan nasib baik la Fahri ni mmg mahir betul dgn bahasa arab sumer ni. Memula dia berhujah tu orang arab tu malas nak layan jugak. Pastu siap dorg mintak sijil apa ntah, konon kelulusan akademik lebih kurang. Fahri pun tunjuk la.. aku rasa benda ni dalam bentuk kad. Kalau x mana ada orang sanggup bersusah payah nak bawak sijil belajar ke mana2. Tapi x tau la sbb aku x pernah belajar kat oversea.. hehehe.. Kata penulis buku, orang Arab ni marah macam harimau. Tapi dorg still ada rasa rendah diri. Bila kita dah bgth reason2 kenapa dia salah, cepat2 dia mintak maaf, dan masih lagi boleh menyanjung kita macam raja. Itu la salah satu kelebihan arab yang aku baru tau dari buku ni. Yang selama ni aku tau arab ni pemarah.itu je.

Dari sini la Fahri start agak rapat jugak dgn Aisha, muslimah Jerman ni. Aisha ni pulak lepas kes tu dia rapat ngan budak Amerika ni. So, banyak la kes2 pasal maruah wanita dalam Islam, pasal kehidupan wanita Islam. Jadi dorg ni banyak jugak berjumpa dan berbincang pasal isu2 wanita dalam Islam ni. Fahri pulak ada jugak menterjemah buku dan macam2 sumber utk jelaskan pada wanita Amerika tu bahawa Islam x pernah merendah2 kan wanita. Sampai satu masa ni, fahri dah terlalu sibuk dengan urusan proposal thesis, dia mintak Maria, anak tuan rumah tu tolong translatekan buku arab kepada bahasa inggeris. Maria ni pulak even dia Kristian, dia hafal surah Maryam. Sebab dia tahu surah tu ada kaitan dgn Ibu Mary. Entiti kepercayaan Kristian dia.

Satu hari, ustaz yang mengajar Fahri ni mengaji ni (mengaji ni dalam buku ni ada term ni, talaqqi ke apa. aku lupa. dari aku buat fakta x betul, aku letak je mengaji) bagi Fahri satu gambar. Ustaz tu kata pompuan ni nak pinang fahri. Punyalah Fahri ni macam merendah diri, sungguh dia x bukak gambar tu sampai rumah. Tapi dia x bgth kawan2 rumah dia.. Ustaz tu bg 3 hari kat Fahri tuk buat keputusan. Time ni baru Fahri terpikir pasal Nurul, sbb dia sendiri tahu, nama Nurul lah yang akan buat hati dia berdegup kencang .. eceehh...

Fahri pun buat solat istikharah, dalam mimpi dia, dia mimpi mak dia. 7 tahun dah dia x jumpa mak dia. So bangun tidur, dia call Indonesia tanya pasal hal tu. Mak dia kata, x kisah la sapa. Asalkan orang Indonesia. Pastu Fahri terus terfikir Nurul. Samada orang tu Nurul atau bukan. Tapi dia still takut nak bukak gambar tu. Nurul ni anak kiyai besar kat kampung. Jadi Fahri sgt susah hati nak bgth isi hati dia. Dia rasa dia x layak pun. Orang miskin ngan orang macam Nurul tu.. mana layak.. kata Fahri di dalam hati.

Masa malam terakhir tu, Fahri mimpi lagi, mak dia kata x kisah la samada orang Indonesia atau bukan, tapi mestilah berani berjuang di Indonesia. Maka, bila sampai masa nak jumpa Ustaz bagi keputusan, Fahri pun terus bilang SETUJU. Lepas tu baru lah Ustaz tu kata, fahri kenal nagn budak pompuan ni. Huhuhu. azab la si Fahri ni. Siapa pulak? Barulah ustaz tu bgth pompuan berani itu adalah Aisha, muslimah Jerman. Time tu lah baru Fahri terus berdegup kencang. Sungguh dia x pernah terfikir Aishah adalah bakal isteri dia. Dia pun baru kenal dgn Aishah 2-3 minggu lebih kurang. Bila dah set tarikh nak bincang pasal pernikahan, baru lah dorg jumpa. Dan dalam masa satu hari dorg set kan tempat, ukur badan nak buat baju, set tarikh dan pelbagai lagi urusan perkahwinan.

Aku? Nak pilih mak andam pun makan berbulan. Pilih cadar pun cerewet macam mak nenek. Pilih katil pun 2-3 kali pegi kedai yang sama pulak tu. Ayah aku pun naik membebel.. hahaa.. Nak pilih fotographer je cepat. Sbb nak buat payment secara ansuran. Gedebak le nak bayar sumer sekali gus. Dalam buku ni pulak sumer urusan siap dalam masa sehari. Tarikh yang ditetapkan ialah 2 minggu dari tarikh perbincangan. Aku? Bertunang pun dah setahun setengah. Hahaha... Belum kata pilih kek pilih itu ini lagi.. Pompuan pompuan.. hahaha

Balik rumah baru lah Fahri citer kat budak rumah dia. Pastu terus mintak tolong dorg hantar kad jemputan, jemput mulut sumer brape hari bulan nak buat kenduri. Masa hari nikah tu pulak, pakcik Nurul dtg jumpa Fahri. Meminang Fahri buat Nurul. Punyalah sadis fahri time tu. Huhuhu.. Kenapa la lambat... Sebab dia dah nak bernikah kejap lagi. dramatik gak citer ni. Dengan lemah lembut Fahri bgth yang dia sebenarnya dah nak bernikah sekejap lagi. Lagi syok citer ni, sumer perempuan2 ni kenal antara satu sama lain. Sebab mereka biasanya berjumpa atas tujuan yang sama. Berbincang mengenai Islam dan jugak masalah Noura . X semena2 rupanya Noura pun bg jugak surat cinta kat Fahri.

Lupa pulak nak citer pasal Noura ni. Lepas duduk kat rumah Nurul tu, x lama lepas tu Fahri mintak tolong Ustaz dia lagi sorg tolong tumpangkan Noura. Dalam masa ni jugak dorg cari family kandung Noura sbb bapak Noura ni duk sibuk kata Noura ni bukan anak dia. Pastu Noura ni akhirnya dapat la jumpa family kandung dia.. gitu la citernya..

Ok sambung pulak hari pernikahan Fahri. Dalam perjalanan ke masjid tu Fahri punyalah sedih. Sebab dia tahu Nurul la yang dia cinta. Huhu.. sadis. Sampai kat tempat Nurul, hati dia gundah gulana. Tapi sebab janji, dan dia tahu bagaimana jika dia mungkir janji, bagaimana dia dicela oleh Tuhan kerana mungkir janji, dia teruskan jugak. Dia tahu cinta pda Allah dan Rasul lebih besar dari cinta terhadap manusia. Maka dia pun terus bernikah dengan Aisha. Dan dia tahu, dia xkan mensia2kan tanggungjawab yang diberi oleh Tuhan pada masa itu.

Tung tang tung tang.. Aisha mengandung. Rupanya Aisha ni orang kaya. masa first2 Aisha bawak Fahri g rumah sewa dorg, Fahri dah gelabah jugak. Mana nak cari duit nak bayar rumah sewa ni. Dia pun pelajar lagi. Rupanya itu rumah mak Aisha. Mak Aishah ni dah mati. Dan Aisha ni pulak keturunan Palestin. Bapak dia Jerman.

Korang beli sendiri buku ni boleh? Aku malas lah nak taip.. Huhu.. (ada orang suruh aku taip ke? Muehehehe...)

Comments

  1. mengapekah kak gd ni? ape ke sume bende pon dah lupe? kene sumpahan susukke ape? ekekeke

    ReplyDelete
  2. aku dah tgk muvi die. hehehehe. bes. mcm gempak je Fahri yang indon tu speaking arab.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat