Glory.. Glory...

Sumer org dah tahu berita hangat kat permatang pauh semalam. Baru je tinjau2 online paper arini. Ada dua benda nak share. It doesn't make any sense pun, cuma nak share je..


Berita Harian


Utusan Malaysia

Kalau dilihat pada 2 perenggan tersebut, terdapat percanggahan bilangan pengundi yang keluar mengundi. 80% vs 60%. Which one is true? Haha... It doesnt matter la.. Dah menang pon.. Haha.. (gelak gaya orang menang.) Kalau kalah musti cakap, pulis la yang rosakkan, penyokong parti lawan la yang buat onar.. gitu la adat kalah dan menang.

Sekali lagi, aku berharap Anwar mencari jalan terbaik membesihkan namanya yang tercalar sejak tahun 1998. Bagi orang yang betul2 mengikuti kisah perbicaraan Anwar pada tahun 1998 dahulu, amat jelas kepincangan sistem perundangan Malaysia. Bagi sesiapa yang hanya menunggu keputusan mahkamah, sudah tentu mereka melihat bagaimana seorang TPM di heret ke dalam penjara. Dan penjara itu sendiri sudah menjelaskan KESALAHAN itu berpihak kepada Anwar.

Pernah kerana terlalu marah, aku ingin menulis kembali sorotan perbicaraan Azizan (orang yang diliwat Anwar dalam kes 1998) dengan Christopher Fernando (peguam Anwar) yang terang2 Azizan mengakui bahawa beliau tidak diliwat oleh Anwar. Anda boleh baca detail perbicaraan ini dlam laman blog Uncle Pete. Belum aku mencari2 dimana nak aku mulakan penulisan, RPK dah tulis dulu. Hahaha..

Apa khabar Azizan? Apa khabar Sukma? Apa khabar Umi Hafilda? Ada sesiapa tahu?


Comments

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat