Posts

Showing posts from September, 2008

Raya! Raya! Raya!

Waahh.. dalam masa 13 hari lagi kita akan menyambut hari kemenangan kita sebagai Muslim. Mungkin bukan kemenangan besar bagi sesetengah orang yang hanya menunaikan tanggungjawab berpuasa tetapi meninggalkan beberapa lagi hak-hak lain sebagai hamba Allah. Tahun pertama menyambut Syawal sebagai isteri, yang sebenarnya aku lupakan. Masih dalam mood orang bujang. Haha... 2 tahun yang lalu aku sambut Syawal sebagai seorang pekerja (yang bujang) yang kehabisan cuti tahunan. Dalam 2 tahun tersebut aku bekerja pada raya ketiga, yang tak perlu aku heboh2kan sebab ramai lagi orang yang x beraya. Jadi pada tahun ini, aku dah plan berhati-hati jugak sebab nak beraya di 2 family. Cukup plan. 2 tahun yang lepas cuti aku banyak habis sbb hairil kerja jauh. jadi bila dia balik biasanya aku akan lapangkan jugak masa utk masa kualiti kami(yang ayah selalu bising.. hehe). Itu la konon2 punca aku banyak abis cuti. G dating. haha... Tahun ni aku plan nak apply cuti pada hari raya ketiga, plus sabtu ahad da

Kebaikan Kurma

nak highlight sket, Sabda Rasulullah S.A.W mengenai hal yang sama iaitu: "Beri makan buah tamar kepada isteri kamu yang hamil dan barang siapa memakan buah tamar itu semasa hamilnya, maka anak yang lahir akan menjadi seorang anak penyabar dan bersopan santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi isa dalah buah tamar." Hehhe.. baru baca kat blogger mana ntah. Macam menyentuh perasaan je. Aku rasa Ramadhan kali ni aku gagah pun sebab kurma kot. Sebab selalu lepas makan kompem muntah2 punya. Tapi badan still boleh kata larat lagi nak buat itu ini.. Hehehe.. Semoga dapat anak yang sabar dan soleh(ah).. Amin...

Happy 27th Birthday!!

Image
It's been 4 months i've been married to this great man.  Hairil Isham Amat Rais.  Dalam poket dia tu skrip akad nikah.. :p Hari ni 9 September 2008, Selamat Hari Ulangtahun ke 27, Sayang! Semoga diberi kemudahan dalam hidup, diberkati segala urusan dan dikurniakan kebahagian tiada tara!   Owwhh.. Anam amik exam UPSR arini. Hujung minggu lepas suh dia buat satu set soalan Math. Tapi dia cilok buat satu je. Itu pun aku x check.. Ngehehe... Harap2 lulus dgn cemerlang!!

My Very First Ramadhan

This year is my very first Ramadhan as a wife to Hairil Isham. Living with my honourly mother-in-law. If you think living with mil is a nightmare, but it doesn't happen likely to me. Sebelum bergelar isteri lagi, ramai kawan-kawan yang menceritakan cerita2 negatif tinggal bersama mertua. Aku katakan pada diri aku, I can manage this. Aku pun banyak kelemahan. Ayah kerap cakap ngan aku sebelum kahwin. Belajar utk mengatasi kelemahan (dan kemalasan :p). Dan inilah yang aku belajar setiap hari di rumah ibu mertua. Ibu mertua akan basuhkan baju, lipatkan baju as well as masakkan utk kami, setiap hari. Dengan pertolongan adik ipar aku.  Dan atas dasar inilah setiap hari aku katakan pada diri aku, jangan sesekali mengambil kesempatan atas kebaikan mereka. Sampai bila tiba turn balik Klang pun aku macam x berapa sedap hati. Ye lah, seminggu duduk goyang kaki je, hujung minggu x tolong mengemas pulak. So utk hilangkan perasaan x sedap hati tu, bila malam kadang tolong la mana yang aku mamp