Tekad: Rajin Update Blog


Tiba-tiba hari ni ada tekad baru. Nak rajin update blog. Sebab? Haha.. nak rajin masuk contest. Keseronokan memenangi pertandingan adalah sesuatu yang ajaib. Ia membuatkan anda berazam lebih lagi untuk sesuatu. Walaupun ia hanya sekeping tiket berharga RM25.

Saya pernah bertekad untuk memberi peluang kepada anak-anak saya kelak untuk menyertai pelbagai pertandingan. Ia bukan sekadar aktiviti biasa. Ia aktiviti yang membiasakan diri erti kekalahan dan kemenangan. Ia bukan sesuatu yang boleh didapati di pasar malam atau di Tesco Setia Alam.

Bila saya menonton program Chipsmore Land di TV3, saya pun dah berangan jugak supaya satu atau dua anak-anak saya dapat menyertai pertandingan tersebut satu hari nanti. Jika tidak pun, pernyertaan sukan olahraga di sekolah masing-masing sudah mencukupi untuk membuatkan anak saya kuat untuk menerima kekalahan dan kemenangan.

Saya tidak pasti adakah ini salah satu faktor psikologi beberapa ahli sukan seperti Nicol David cemerlang dalam kedua-dua lapangan, sukan dan akademik. Tetapi, bagaimana dengan ahli sukan yang hanya berjaya dalam satu lapangan sahaja? owwhh... mungkin faktor ini hanya berkesan pada sesetengah orang sahaja.

Saya sedang mencari playgroup activites for babies around shah alam dan klang. Jika ada sesiapa yang anjurkan aktiviti ni, please do inform ya! Saya mahu anak saya bergaul sedari kecil, supaya dia tidak takut orang. Takdelah nanti makcik dan neneknya asyik mengomel, 'Hadeef ni tak nak dekat orang..' Dan saya sedih ok, Hadeef tak berapa mahu dengan ibubapa saya :(

Comments

Popular posts from this blog

Sangkar Putong

Suara Anda

Sepakat Membawa Berkat